Setiap individu pasti mengimpikan kulit yang sihat, berseri dan kekal menawan seiring pertambahan usia.
Namun dalam era yang dipenuhi pelbagai produk dan rawatan kecantikan yang menjanjikan hasil segera, ramai terlupa bahawa kecantikan kulit yang sebenar bermula daripada kesihatan kulit itu sendiri.
Seiring peningkatan usia, proses pembaharuan semula jadi kulit atau skin turnovermenjadi semakin perlahan.
Keadaan ini menyebabkan sel-sel kulit mati terkumpul di permukaan kulit, sekali gus menjadikan kulit kelihatan kusam, kurang anjal dan lebih mudah menampakkan garis halus serta kedutan.
Atas sebab itu, pakar-pakar kulit kini semakin menekankan kepentingan menyokong proses pembaharuan semula jadi kulit berbanding terlalu bergantung kepada penyelesaian segera yang mungkin hanya memberikan kesan sementara.
Menurut pakar estetik dan penjagaan kulit, Dr. Ingky Lim, proses pembaharuan sel kulit yang sihat memainkan peranan penting dalam mengekalkan kualiti dan kesihatan kulit dalam jangka panjang.
“Peremajaan kulit yang berkesan seharusnya bekerja selari dengan fungsi semula jadi kulit, bukannya melawannya. Pendekatan yang menyokong proses pembaharuan semula jadi kulit menawarkan cara yang lebih selamat dan mampan untuk mengekalkan kesihatan kulit dalam jangka masa panjang,” katanya.
Beliau turut menjelaskan bahawa pelbagai kajian dermatologi menunjukkan proses pembaharuan sel kulit yang sihat mempunyai hubungan rapat dengan kualiti tekstur kulit, tahap kelembapan serta keupayaan kulit untuk mengekalkan penampilan yang lebih segar dan sihat.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, industri kecantikan global juga menyaksikan perubahan ketara daripada pendekatan anti-penuaan tradisional kepada konsep healthy aging atau penuaan sihat.
Pendekatan ini tidak lagi menumpukan usaha untuk menghapuskan setiap tanda penuaan, sebaliknya membantu kulit kekal sihat dan berfungsi secara optimum pada setiap peringkat usia.
Bagi mencapai matlamat tersebut, rutin penjagaan kulit yang konsisten menjadi antara faktor paling penting. Pakar mencadangkan tiga aspek utama diberi perhatian iaitu proses eksfoliasi yang terkawal, perlindungan kulit pada waktu siang dan pemulihan kulit ketika waktu malam.
Eksfoliasi membantu menyingkirkan sel kulit mati yang boleh menyebabkan kulit kelihatan kusam, manakala penggunaan pelindung matahari dan produk yang menyokong fungsi lapisan pelindung kulit penting bagi mengurangkan kesan pendedahan kepada sinaran ultraviolet serta pencemaran persekitaran.
Pada waktu malam pula, kulit memasuki fasa pemulihan semula jadi yang membolehkan proses pembaikan dan regenerasi berlaku dengan lebih aktif. Justeru, penjagaan kulit pada waktu rehat tidak kurang pentingnya dalam memastikan kulit kekal sihat dan seimbang.
Skin Turnover Protocol, Penjagaan Kulit Lebih Tersusun Dan Konsisten
Seiring perkembangan sains kecantikan, semakin banyak jenama dan penyedia rawatan kulit mula memperkenalkan sistem penjagaan yang memberi fokus kepada pembaharuan kulit secara berterusan.
Antaranya termasuk ReGlo yang memperkenalkan konsep Skin Turnover Protocol, iaitu pendekatan yang direka untuk menyokong proses pembaharuan semula jadi kulit melalui rutin penjagaan yang lebih tersusun dan konsisten.
Melalui Skin Turnover Protocol, pembaharuan kulit dapat disokong sebagai sebahagian daripada rutin harian tanpa tempoh pemulihan yang lazim dikaitkan dengan rawatan estetik yang lebih intensif.
Skin Turnover Protocol membolehkan eksfoliasi harian yang terkawal, penyerapan bahan aktif yang lebih berkesan dan sokongan dan pemulihan lapisan pelindung kulit (skin barrier) secara berterusan.

Baru-baru ini satu sidang media telah dibawakan oleh ReGlo bagi memperkenalkan kaedah rawatan Skin Turnover Protocol. Sesi ini selain menampilkan Dr. Ingky Lim, ia juga dihadiri oleh Markus Lehmann dari Filabe Switzerland yang teknologinya menjadi sebahagian daripada asas saintifik ekosistem ReGlo, serta Pengasas ReGlo Lab, Nick Lim.
Sepanjang sesi tersebut, para panelis membincangkan evolusi dunia peremajaan kulit, prinsip saintifik di sebalik pembaharuan kulit berterusan serta visi ReGlo Lab untuk memperkenalkan pendekatan kesihatan kulit jangka panjang yang lebih mampan, mudah diakses dan berasaskan sains.
Para hadirin turut berpeluang menyaksikan demonstrasi langsung Skin Turnover Protocol yang memperlihatkan setiap peringkat proses pembaharuan kulit, daripada pengaktifan professional dan penyerapan bahan aktif harian sehinggalah kepada proses pemulihan dan penstabilan semalaman. - Getaran, 14 Jun 2026