web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Piala Dunia 2026: Penginapan, Kembara Dan Peluang Mendapatkan Tiket Percuma

Piala Dunia adalah tentang impian, kenangan dan pengalaman yang sukar digantikan dengan apa jua acara sukan lain di dunia

Gaya Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jun 2026 10:48AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bagi kebanyakan orang, Piala Dunia hanyalah sebuah kejohanan bola sepak yang berlangsung setiap empat tahun sekali. 

Namun bagi peminat tegar, ia jauh lebih besar daripada itu. Piala Dunia adalah tentang impian, kenangan dan pengalaman yang sukar digantikan dengan apa jua acara sukan lain di dunia.

Bayangkan diri anda berada di tengah-tengah lautan penyokong yang mengenakan jersi pasukan masing-masing, menyanyikan lagu semangat sebelum sepak mula dan berkongsi debaran yang sama setiap kali bola menghampiri pintu gol. 

Walaupun datang dari negara, budaya dan bahasa yang berbeza, semua yang hadir berkongsi satu perkara yang sama,kecintaan terhadap bola sepak.

Tidak hairanlah jutaan peminat dari seluruh dunia sanggup berbelanja besar semata-mata untuk merasai pengalaman tersebut sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka.

Piala Dunia FIFA 2026 yang kini berlangsung di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico, sudah pasti mengundang ramai peminat sukan ini membanjiri bandar-bandar terpilih.

Dengan 16 bandar tuan rumah dipilih sebagai lokasi perlawanan, kejohanan kali ini menjadi antara yang terbesar dalam sejarah bola sepak moden.

Bagi ramai penyokong, perjalanan mengikuti pasukan kesayangan tidak lagi terhad kepada satu stadium atau satu bandar sahaja. 

Ada yang merancang untuk bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain, mengekori perjalanan pasukan mereka dari peringkat kumpulan, ke pusingan kalah mati dan seterusnya sehingga ke pentas akhir.

Inilah yang menjadikan Piala Dunia begitu istimewa. Ia bukan sekadar tentang keputusan di atas padang, tetapi juga pengalaman mengembara, bertemu peminat dari seluruh dunia dan mencipta kenangan yang akan diceritakan selama bertahun-tahun.

Ketika permintaan terhadap tiket perlawanan dan penginapan terus meningkat, pelbagai pihak mula menawarkan inisiatif bagi memudahkan peminat merealisasikan impian mereka untuk berada lebih dekat dengan aksi Piala Dunia.

Sebagai contoh, Airbnb menawarkan tiket perlawanan percuma kepada tetamu yang menempah penginapan terpilih di bandar-bandar tuan rumah sepanjang kejohanan berlangsung. 

Menurut Airbnb, lebih 1,300 tiket akan diagihkan kepada hos dan tetamu menerusi pelbagai inisiatif sepanjang kejohanan berlangsung.

Dengan purata AS$385 semalam, penginapan ini akan tersedia untuk ditempah sepanjang tarikh kejohanan yang berlangsung di setiap bandar, dari peringkat kalah mati hingga perlawanan akhir Piala Dunia, dengan tiket percuma yang muncul sebagai sorotan di bahagian atas halaman penyenaraian penginapan. 

“Hos Airbnb bukan sekadar menawarkan tempat penginapan kepada anda, tetapi mereka memberikan cara yang lebih bermakna untuk menikmati destinasi.”

Untuk Piala Dunia kali ini, mereka melakukan sesuatu yang luar biasa, membantu peminat mengikuti pasukan mereka ke mana sahaja kejohanan itu membawa mereka, dengan penginapan terpilih yang menyertakan tiket percuma di setiap bandar tuan rumah,” ujar Ketua Pegawai Perniagaan Airbnb, Dave Stephenson.

Untuk mendapatkan tiket Piala Dunia FIFA 2026 secara percuma, anda perlu cari penginapan pada tarikh perlawanan di bandar tuan rumah dalam aplikasi Airbnb atau Airbnb.com. 

Penyenaraian yang menyertakan tiket percuma akan menampilkan ikon bola sepak sebagai sorotan di bahagian atas halaman penyenaraian. 

Pilih tarikh perjalanan, saiz kumpulan dan kaedah bayaran untuk mengesahkan tempahan. Tiket disertakan untuk setiap tetamu dalam kumpulan. Setelah disahkan, hos akan berkongsi butiran mengenai cara mengakses tiket.

Walau apa pun cara seseorang memilih untuk menikmati Piala Dunia 2026, satu perkara pasti, dunia bakal sekali lagi disatukan oleh semangat bola sepak. Dan bagi jutaan penyokong, perjalanan menuju detik itu sudah pun bermula. - Getaran, 13 Jun 2026

Berita Berkaitan

1

Gaya 18 jam yang lalu

Daripada Kek Ke ‘Acne Patch’, Kolaborasi Pelik Kini Jadi Strategi Jenama

2

Gaya 3 hari yang lalu

The Food Yard, ‘Port’ Makan Santai Baharu Menanti Anda!

3

Gaya 6 hari yang lalu

Dari Ladang Ke Jalanan, Levi’s® Bawa Misi Sky High Farm Goods

4

Gaya 1 minggu yang lalu

Gen Z Mampu Bercuti Di Hotel Mewah? Kajian Marriott Dedah Realiti Yang Ramai Tak Sedar

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Gaya 18 jam yang lalu

Daripada Kek Ke ‘Acne Patch’, Kolaborasi Pelik Kini Jadi Strategi Jenama

oleh Rahayu MN

Jelajah 1 hari yang lalu

Cuti Sekolah Ogos Ini, Jomlah Bawa Anak Menginap Bersama Hello Kitty, Kuromi & Cinnamoroll

Pengalaman istimewa ini dibawakan oleh Iconic Marjorie Penang menerusi kolaborasi rasmi bersama Sanrio Southeast Asia.

oleh Rahayu MN