web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Daripada Kek Ke ‘Acne Patch’, Kolaborasi Pelik Kini Jadi Strategi Jenama

Secret Recipe melancarkan kerjasama baharu yang menarik dengan jenama tampalan jerawat buatan Korea SimplyHeal dan watak kucing IP tempatan Bichi Mao.

Gaya Dikemaskini 31 minit yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jul 2026 7:04PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dunia pemasaran kini semakin dipenuhi kolaborasi yang tidak pernah terlintas di fikiran. Jenama fesyen bergabung dengan karakter animasi, syarikat makanan bekerjasama dengan produk kecantikan, manakala produk gaya hidup pula muncul hasil gabungan dengan dunia hiburan dan budaya pop.

Ada kalanya, gabungan tersebut kelihatan begitu masuk akal. Namun, tidak kurang juga yang membuatkan orang tertanya-tanya tentang kaitan antara dua jenama yang berada dalam dunia berbeza.

Tetapi dalam pemasaran hari ini, mungkin itulah sebenarnya kekuatan sesebuah kolaborasi. Apabila pasaran semakin sesak dengan pelbagai pilihan, jenama perlu mencari cara untuk mencuri perhatian pengguna. 

Produk yang bagus atau berkualiti sahaja mungkin tidak lagi mencukupi. Sebaliknya, sesuatu yang unik, tidak dijangka atau sedikit pelik boleh menjadi lebih mudah diingati.

Kolaborasi rentas industri membolehkan jenama mendekati kelompok pengguna baharu, sambil memanfaatkan kekuatan dan komuniti yang dimiliki oleh rakan kolaborasi mereka.

Dalam masa sama, media sosial menjadikan strategi ini semakin berkesan. Sesuatu kolaborasi yang pelik atau tidak dijangka lebih mudah menjadi bahan perbualan. Pengguna mungkin berkongsi gambar, menandakan rakan atau sekadar bertanya, "Eh, sejak bila mereka buat benda ni?"

Perbualan seperti itu sebenarnya sudah menjadi sebahagian daripada strategi pemasaran.

Konsep edisi terhad dan barangan koleksi pula menambah tarikan, kerana pengguna bukan sekadar membeli produk tetapi turut mendapatkan sesuatu yang eksklusif dan mungkin tidak ditawarkan untuk tempoh lama.

Fenomena ini dapat dilihat menerusi kolaborasi terbaru Secret Recipe bersama SimplyHeal dan Bichi Mao. Gabungan antara jenama kafe dan kek, produk penjagaan jerawat serta karakter kucing tempatan itu sememangnya datang daripada tiga dunia berbeza.

Menerusi kerjasama ini, SimplyHeal memperkenalkan tampalan jerawat edisi khas dengan rekaan Bichi Mao, manakala Secret Recipe dan Watsons menjadi sebahagian daripada ekosistem kolaborasi tersebut.

Siri Secret Recipe menampilkan 18 tampalan jerawat Bichi Mao bersama bekas kecil dengan cermin edisi terhad, rantai kunci serta baucar SimplyHeal (potongan RM5 dengan perbelanjaan minimum RM20 bagi produk SimplyHeal di kedai Watsons). Koleksi ini boleh didapati di cawangan Secret Recipe sehingga 30 September 2026.

Siri Watsons pula menawarkan 20 tampalan jerawat, rantai kunci Bichi Mao dan baucar Secret Recipe (potongan 50% bagi 1 potong kek dengan pembelian 1 minuman daripada kategori Signature Drinks, Ice Blended dan Milkshake), dan boleh didapati di semua cawangan Secret Recipe dari 23 Julai hingga 30 September 2026.

Siri Watsons juga boleh didapati di cawangan terpilih Watsons. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.secretrecipe.com.my. - Getaran, 27 Julai 2026

Berita Berkaitan

1

Gaya 3 hari yang lalu

The Food Yard, ‘Port’ Makan Santai Baharu Menanti Anda!

2

Gaya 6 hari yang lalu

Dari Ladang Ke Jalanan, Levi’s® Bawa Misi Sky High Farm Goods

3

Gaya 1 minggu yang lalu

Gen Z Mampu Bercuti Di Hotel Mewah? Kajian Marriott Dedah Realiti Yang Ramai Tak Sedar

4

Gaya 1 minggu yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

Sorotan

1

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

2

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

3

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

4

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

5

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Jelajah 23 jam yang lalu

Cuti Sekolah Ogos Ini, Jomlah Bawa Anak Menginap Bersama Hello Kitty, Kuromi & Cinnamoroll

oleh Rahayu MN