web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

Politik Dikemaskini 12 minit yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jul 2026 4:05PM

Kasthuri Patto

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) didakwa terus menggunakan sentimen kaum dan agama untuk mempengaruhi pengundi, sedangkan kempen pilihan raya seharusnya memberi tumpuan kepada dasar, tadbir urus dan pembangunan.

Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP yang juga Setiausaha Antarabangsa, Kasthuri Patto berkata, Pengerusi PN merangkap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor telah memberi kenyataan yang berpotensi memecahbelahkan rakyat mengikut garis perkauman.

Beliau berkata, kenyataan Sanusi bahawa “China untuk orang Cina, India untuk orang India dan orang Melayu mempunyai Tanah Melayu”menyinggung perasaan rakyat Malaysia berketurunan Cina dan India yang keluarganya telah menetap di negara ini sejak beberapa generasi, serta menganggap Malaysia sebagai satu-satunya tanah air mereka.

“Istilah seperti “tidak mengenang budi” dan “pendatang” sering dilemparkan kepada rakyat Malaysia berketurunan Cina dan India. 

“Rujukan kepada “Tanah Melayu” pula mengabaikan pembentukan Malaysia pada tahun 1963 dan memberi gambaran seolah-olah rakyat bukan Melayu tidak mempunyai tempat di negara ini,” katanya hari ini.

Menerusi kenyataan sama, beliau turut mengkritik Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, yang didakwa mencadangkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Anthony Loke dilantik Menteri Besar Negeri Sembilan sekiranya PH membentuk kerajaan negeri.

Kasthuri menyifatkan dakwaan itu sebagai mengelirukan kerana Perlembagaan Negeri Sembilan menetapkan Menteri Besar perlu dilantik dari kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri Melayu beragama Islam.

“Calon Menteri Besar PH juga kekal penyandang jawatan itu, Datuk Seri Aminuddin Harun jika PH kembali diberi mandat mentadbir kerajaan negeei,” katanya.

Tambahnya, penjelasan Asyraf selepas itu bahawa kenyataan tersebut hanya bersifat gurauan tidak boleh diterima memandangkan beliau merupakan seorang pemimpin kanan politik.

Beliau turut mengkritik Setiausaha Politik kepada Sanusi yang didakwa menggelar Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran, sebagai “Dey macha”, sambil menyifatkan ungkapan itu sebagai menghina dan tidak wajar ketika mempertahankan kenyataan Sanusi.

Tegasnya, pengundi seharusnya menilai calon berdasarkan prestasi, khidmat kepada rakyat serta prinsip yang diperjuangkan parti masing-masing, bukannya berdasarkan kaum, agama atau etnik.

Kasthuri turut menggesa rakyat Malaysia menolak ahli politik yang memanipulasi sentimen perkauman dan agama demi kelangsungan politik mereka, sambil menegaskan pilihan raya perlu berlangsung berasaskan prinsip keadilan, kesaksamaan, tadbir urus yang baik dan keadilan sosial.

“Sebelum bercakap mengenai perpaduan dan kekuatan negara, PN dan PAS perlu terlebih dahulu membuktikan nilai-nilai tersebut menerusi tindakan mereka sendiri,” katanya. - Getaran, 25 Julai 2026

Berita Berkaitan

1

Politik 19 jam yang lalu

Sentimen Pengundi Melayu Di Negeri Sembilan, Johor Tak Boleh Dibandingkan - Aminuddin

2

Politik 1 hari yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

3

Politik 2 hari yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

4

Politik 3 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 minit yang lalu

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

oleh Amirah Abu Bakar