web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Semasa Dikemaskini 6 hari yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jun 2026 10:41AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Kewujudan rangkaian keluarga dan saudara-mara yang telah menetap di Malaysia dikenal pasti menjadi faktor utama yang menarik kemasukan pendatang tanpa izin, termasuk etnik Rohingya, serta warga Bangladesh dan Myanmar, melalui sempadan Malaysia-Thailand.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata golongan berkenaan menjadikan Malaysia sebagai destinasi akhir kerana mereka mempunyai tempat bergantung untuk memulakan kehidupan sebaik tiba.

Beliau berkata faktor berkenaan menjadi tarikan utama, khususnya bagi etnik Rohingya yang sanggup meredah pelbagai laluan bagi memasuki negara ini secara haram.

"Bagi etnik Rohingya khususnya, faktor keluarga ini memainkan peranan besar dalam keputusan mereka untuk memasuki Malaysia," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Mohd Yusoff berkata isu kemasukan pendatang tanpa izin melalui sempadan Malaysia-Thailand adalah cabaran yang dihadapi pihak berkuasa hampir setiap hari.

Sehubungan dengan itu, beliau telah mengarahkan semua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kelantan supaya mempergiat operasi membanteras pendatang tanpa izin dan tidak hanya bergantung kepada Pasukan Gerakan Am (PGA) semata-mata.

Beliau berkata berdasarkan pemerhatian pihak polis, kebanyakan pendatang berkenaan menggunakan Thailand sebagai negara transit sebelum meneruskan perjalanan ke Malaysia.

Mengulas mengenai kewujudan komuniti Rohingya di Kelantan, Mohd Yusoff berkata pihak polis mengesan terdapat penempatan etnik itu di beberapa lokasi termasuk di daerah Tanah Merah.

Bagaimanapun, keadaan di kawasan penempatan berkenaan masih terkawal dan berada di bawah pemantauan berterusan pihak berkuasa.

Mohd Yusoff berkata walaupun urusan berkaitan pendatang lazimnya berada di bawah bidang kuasa Jabatan Imigresen Malaysia, polis tetap memainkan peranan dalam aspek kawalan keselamatan dan pemantauan terhadap komuniti warga asing di negeri itu.

"Pemantauan ini penting bagi memastikan sebarang unsur jenayah atau masalah sosial dapat dicegah dan tidak menjejaskan keselamatan serta ketenteraman awam," katanya.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan pelarian Rohingya di negara ini supaya sentiasa mematuhi undang-undang serta peraturan tempatan atau berdepan tindakan tegas.

Beliau dilapor berkata walaupun Malaysia mengambil pendekatan berperikemanusiaan, golongan itu tetap tertakluk kepada sistem perundangan negara termasuk dalam aspek penggunaan premis bangunan dan pengendalian perniagaan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

2

Semasa 20 jam yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

3

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

4

Semasa 1 hari yang lalu

Kes Dera Pembantu Rumah: 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan Semula 

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

2 Lelaki Maut, Kereta Bertembung Lori Bawa Durian

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran