web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes Dera Pembantu Rumah: 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan Semula 

Semasa Dikemaskini 19 minit yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jun 2026 7:55PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Empat individu terdiri daripada dua pasangan suami isteri yang sebelum ini direman bagi membantu siasatan kes penderaan pembantu rumah, ditahan semula selepas dua lagi bekas pembantu rumah tampil membuat laporan polis baharu.

New Straits Times (NST) melaporkan, kesemua suspek berusia antara 30 hingga 34 tahun ditahan kira-kira jam 1.30 pagi selepas laporan dibuat dua wanita warga asing itu semalam.

Mangsa sebelum ini berjaya dikesan pihak berkuasa bersama pembantu rumah yang dipaparkan dalam video tular berkenaan, dan dibawa dari Kuala Lumpur dengan bantuan Kedutaan Indonesia.

Mereka kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan dan Johor Bahru Utara.

Peguam mewakili Kedutaan Indonesia, Mohd Daud Ismail mengesahkan, perintah reman selama empat hari telah dikeluarkan Majistret Chai Ing Hien bagi membolehkan siasatan dijalankan di bawah bidang kuasa Johor Bahru Selatan.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata atau cara berbahaya, selain Seksyen 506 kanun sama kerana ugutan jenayah.

Kes terbabit mula mendapat perhatian umum 14 Jun lalu apabila Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad, mengesahkan penahanan awal dua pasangan berkenaan, selepas tular video memaparkan seorang pembantu rumah dipukul dua lelaki dan dua wanita di sebuah kediaman di Taman Johor, Tampoi.

Pihak berkuasa turut merampas beberapa barangan termasuk telefon bimbit, pakaian, sistem kamera litar tertutup (CCTV) dan dua pasport asing yang dipercayai milik mangsa.

Siasatan awal mendapati, kejadian penderaan itu berlaku tahun lalu, namun rakaman video tersebut hanya mula tersebar di media sosial pada 13 Jun.

Polis sebelum ini mengesan dua lagi pembantu rumah, masing-masing berusia lingkungan 20-an, yang dipercayai melarikan diri dari kediaman berkenaan awal tahun ini tetapi masih berada di Malaysia.

Sementara itu, Konsulat Jeneral Indonesia di Johor Bahru mengesahkan, pihaknya telah menyediakan perlindungan dan bantuan kepada dua wanita Indonesia yang dipercayai menjadi mangsa penderaan fizikal oleh majikan mereka.

Menurut konsulat, pihaknya menerima maklumat pada 13 Jun daripada seorang warga Indonesia dikenali sebagai YY, yang mendakwa dirinya menjadi mangsa penderaan bersama dua lagi individu dikenali sebagai YA dan SH. 

Ketiga-tiga mereka mendakwa mengalami keganasan fizikal berulang kali.

NST turut melaporkan, kes itu turut disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan, selain Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penyalahgunaan kemudahan rangkaian. - Getaran, 17 Jun 2026

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minit yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

2

Semasa 6 jam yang lalu

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

3

Semasa 1 hari yang lalu

2 Anggota Tentera Maut Ketika Latihan: Polis Lancar Siasatan 

4

Semasa 1 hari yang lalu

Bedah Siasat Bongkar Punca Sebenar, Wanita Didakwa Bunuh Anak Tiri

Sorotan

1

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

2

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

3

‘Adakah Saya Angkuh Jika Dengar Suara Majoriti Bangsa Johor?’ - Onn Hafiz

4

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

5

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

6

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Pesawat Pengebom B-52 AS Terhempas Sejurus Berlepas, 8 Disahkan Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

oleh Sophia Ahmad