web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Adakah Saya Angkuh Jika Dengar Suara Majoriti Bangsa Johor?’ - Onn Hafiz

Politik Dikemaskini 40 minit yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jun 2026 12:41PM

Onn Hafiz Ghazi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi tampil mempertahankan keputusan Barisan Nasional (BN) Johor untuk bertanding di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya negeri (PRN).

Serentak dengan itu, beliau menolak kritikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dilihat ramai seolah merujuk kepada pendirian berkenaan.

Tegas Onn Hafiz, strategi pilihan raya tersebut bukan lambang kesombongan politik atau keengganan untuk bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan, sebaliknya berasaskan prinsip perjuangan serta kehendak majoriti rakyat Johor.

Perbezaan pandangan itu tercetus susulan gesaan Perdana Menteri di Muar baru-baru ini agar rakyat memilih pemimpin yang bijaksana, berprinsip dan rendah diri, serta mampu bekerjasama secara harmoni dengan Kerajaan Persekutuan.

Kenyataan itu dilihat oleh banyak pihak sebagai sindiran terhadap pendirian bebas gabungan pemerintah negeri Johor.

“Keputusan BN Johor untuk bertanding di semua 56 kerusi DUN merupakan keputusan yang sukar diterima Perdana Menteri.

“Adakah keputusan saya bersama kepimpinan BN untuk berpegang pada prinsip dan mendengar suara majoriti Bangsa Johor menjadikan saya seorang yang angkuh?” katanya.

Pada masa sama, Onn Hafiz menegaskan, beliau tidak pernah menolak kerjasama antara kerajaan negeri dan Persekutuan, malah sentiasa terbuka menerima pandangan serta bantuan demi kepentingan rakyat.

“Ia dapat dilihat menerusi peruntukan besar kerajaan negeri dalam bidang yang berada di bawah tanggungjawab Persekutuan.

“Ini termasuklah pemberian geran tahunan kepada sekolah, pembiayaan penambahbaikan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), naik taraf kemudahan polis dan tentera serta penambahbaikan institusi kesihatan tempatan,” katanya. 

Jelas beliau, kerajaan negeri bukan sahaja menyalurkan bantuan kewangan khas kepada penjawat awam negeri apabila hasil negeri meningkat, malah turut menghargai penjawat awam Persekutuan yang berkhidmat di Johor.

“Kepentingan rakyat sentiasa menjadi keutamaan berbanding sempadan bidang kuasa pentadbiran,” katanya.

Onn Hafiz mengingatkan, pelantikan Menteri Besar Johor serta Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri adalah tertakluk kepada perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, sekali gus meletakkan tanggungjawab besar kepada kepimpinan negeri untuk memelihara kepentingan institusi diraja dan rakyat.

Beliau memberitahu, kenyataannya itu bertujuan memperjelaskan rekod kerjasama yang telah terjalin, bukannya untuk membanggakan pencapaian negeri.

“Dengan rendah hati, saya ingin bertanya, dalam aspek manakah kerajaan negeri Johor gagal bekerjasama, menyokong atau menyelaraskan diri dengan Kerajaan Persekutuan?” katanya. - Getaran, 17 Jun 2026

Berita Berkaitan

1

Politik 20 jam yang lalu

Penyertaan Dalam Pas Untuk Perjuangkan Reformasi - Zaid

2

Politik 1 hari yang lalu

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

3

Politik 1 hari yang lalu

‘Wong Chen, Cukuplah Bersandiwara, Jangan Terus Berlagak Mangsa’ - Sivamalar

4

Rencana 2 hari yang lalu

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Bunuh, Bakar Teman Wanita Hamil: Pendakwa Mohon Kekal Hukuman Mati Tertuduh 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tiada Lagi Caj RM1 Untuk Pengeluaran Wang Antara Bank Mulai 1 Julai

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

Penyertaan Dalam Pas Untuk Perjuangkan Reformasi - Zaid

oleh Sophia Ahmad