web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Wong Chen, Cukuplah Bersandiwara, Jangan Terus Berlagak Mangsa’ - Sivamalar

Politik Dikemaskini 27 saat yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jun 2026 4:29PM

Sivamalar Genapathy - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen (MP) Subang, Wong Chen perlu menghentikan segala sandiwara politik dan kontroversi berterusan yang seolah sengaja dicipta demi meraih populariti. 

Timbalan Setiausaha Agung PKR, Sivamalar Genapathy berkata, ulah Wong Chen semakin lama semakin memualkan, malah tindakannya berlagak seolah beliau adalah mangsa keadaan jelas menggambarkan peribadinya yang gemar menuding jari.

Menurut beliau, kemenangan diraih Wong Chen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang membolehkannya dilantik sebagai MP adalah atas tiket PKR dan Pakatan Harapan (PH).

“Kemenangan itu bukan milik beliau seorang. Ia dibina melalui pengorbanan ribuan anggota, sukarelawan dan penyokong yang bekerja siang dan malam untuk memastikan kemenangan besar tersebut. Oleh itu, jangan cuba mencipta persepsi bahawa mandat itu datang semata-mata daripada populariti beliau sendiri,” katanya, sinis. 

Tegas Sivamalar, bagaimana seseorang MP boleh berkempen, mempromosi dan memberikan legitimasi kepada gerakan politik lawan, sedangkan kemenangan diperolehnya adalah hasil kerja keras partinya sendiri. 

“Itu yang sedang dilakukan oleh Wong Chen ketika ini. Tiada siapa dihukum kerana mempunyai kawan. Tiada siapa dihukum kerana menghadiri acara awam. Persoalan sebenar ialah sama ada seseorang wakil rakyat masih komited kepada mandat, perjuangan dan platform politik yang diwakilinya ketika dipilih oleh rakyat.

“Ini bukan soal kebebasan bersuara atau hak untuk berkawan. Ini soal kejelasan pendirian politik, integriti terhadap mandat yang diberikan oleh pengundi, serta kesetiaan kepada perjuangan yang telah membawa seseorang itu ke Parlimen,” katanya, kesal. 

Beliau menarik perhatian, tidak ada parti politik di dunia yang boleh berfungsi dengan baik jika pemimpinnya bebas berkempen untuk platform politik lain sambil terus menikmati kedudukan yang diperoleh melalui parti asal.

“Wong Chen sentiasa memainkan naratif bahawa dirinya menjadi mangsa penganiayaan. Hakikatnya, tiada siapa memaksa beliau menghadiri program parti lain. Tiada siapa memaksa beliau mencabar parti sendiri secara terbuka. 

“Semua kontroversi yang berlaku hari ini adalah hasil pilihan politik yang dibuat oleh beliau sendiri. Jangan cipta masalah, kemudian mengadu diri dizalimi apabila orang ramai mula mempersoalkannya,” katanya. 

Sivamalar turut menggesa Wong Chen  berterus-terang jika beliau merasakan PKR tidak lagi sekufu dengan pegangan dan pendiriannya ketika ini. 

“Jika benar Wong Chen sudah tidak lagi yakin dengan perjuangan KEADILAN, nyatakanlah secara terus terang. Jangan terus bersandiwara. YB Wong Chen tidak boleh berada dalam dua perahu pada masa yang sama,” katanya.

Rakyat Subang jelas beliau, adalah pengundi celik politik dan mereka mampu menilai sendiri siapa sebenarnya fokus berkhidmat kepada rakyat dan siapa pula yang lebih berminat mencipta polemik politik berterusan. 

“Jangan sesekali memperlekeh kebijaksanaan pengundi Subang.

“KEADILAN tidak gentar dengan sebarang cabaran, ugutan atau cubaan memaksa parti bertindak mengikut rentak yang ditentukan oleh individu tertentu. Parti akan terus membuat keputusan berdasarkan prinsip, perlembagaan parti dan kepentingan perjuangan yang lebih besar,” katanya. - Getaran, 15 Jun 2026

Berita Berkaitan

1

Rencana 4 jam yang lalu

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

2

Politik 2 hari yang lalu

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

3

Politik 3 hari yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

4

Politik 3 hari yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

El Nino: Hujan Dijangka Kuramg Dengan Drastik, Risiko Bencana Alam Sekitar Meningkat 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Zainudin Lancar Parti Politik Baharu, AGM Pertama Minggu Depan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Aktiviti Komersial Haram: Pelarian Rohingya Didakwa Guna Kenderaan Persendirian Kaut Untung

oleh Wartawan Getaran