web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

Semasa Dikemaskini 37 minit yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jun 2026 2:52PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) membawa perkhidmatan kesihatan penting terus kepada orang ramai menerusi penempatan klinik bergerak sempena sambutan Minggu Perpaduan Negara 2026 yang berlangsung di Kompleks Sukan Likas, Sabah.

Menurut kenyataan rasmi KKM yang dimuat naik di Facebook, pelbagai perkhidmatan perubatan percuma ditawarkan kepada pengunjung sepanjang acara selama empat hari itu berlangsung.

Inisiatif berkenaan bertujuan memudahkan komuniti mendapatkan akses kepada pelbagai perkhidmatan kesihatan, di samping meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai pengurusan kesihatan diri.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, turut mengadakan lawatan ke reruai pameran dan unit bergerak KKM semasa program tersebut yang berlangsung dari 11 hingga 14 Jun.

Sepanjang lawatan itu, beliau meninjau secara menyeluruh operasi unit bergerak selain berinteraksi secara langsung dengan petugas kesihatan dan pengunjung bagi mendapatkan maklum balas semasa.

Antara kemudahan dan inisiatif yang dipamerkan di lokasi berkenaan termasuk program Wellness on Wheels (WoW), kaunter saringan kesihatan umum, skim Peka B40, klinik pergigian bergerak serta kaunter promosi yang mengetengahkan peluang kemasukan ke Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM).

Sambutan Minggu Perpaduan Negara 2026 berperanan sebagai platform pertemuan pelbagai kementerian, jabatan dan agensi kerajaan bagi memperkukuh semangat perpaduan nasional serta mengeratkan hubungan antara rakyat dan perkhidmatan awam menerusi pelbagai pameran interaktif dan aktiviti komuniti. - Getaran, 14 Jun 2026

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Bayaran Interim Geran Khas Sabah Dinaikkan Kepada RM1.5 Bilion - PM

4

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Lawat Sabah Esok, Rasmi Pesta Kaamatan

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

oleh Sophia Ahmad