web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Politik Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jun 2026 2:01PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - PAS mengesahkan telah mengadakan pertemuan dengan kumpulan RESET pimpinan bekas Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainuddin di Rusila semalam.

Pertemuan tersebut berlangsung di saat perhatian tertumpu kepada  konvensyen berkaitan yang dijadual berlangsung di Kelantan.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, mengakui pertemuan itu berlangsung namun enggan mendedahkan perincian perbincangan.

Beliau sebaliknya memaklumkan, beberapa perkara akan diumumkan dalam satu program rasmi di Kelantan.

“Memang ada pertemuan dan saya akan mengumumkan beberapa perkara pada program yang akan diadakan di Tanah Merah, Kelantan, esok.

“Saya mengesahkan akan hadir serta merasmikan Konvensyen RESET yang akan diadakan di Tanah Merah, Kelantan, esok,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan kuliah dhuha di Masjid Rusila, Marang hari ini.

Difahamkan, Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut turut hadir dalam pertemuan tersebut.

Sementara itu, kepimpinan PAS turut mengesahkan, Abdul Hadi telah bersetuju untuk merasmikan Konvensyen RESET yang dijadual berlangsung di Tanah Merah, Kelantan.

Perkara tersebut diumumkan Setiausaha Politik Presiden PAS, Mohd Syahir Sulaiman, yang memaklumkan, dua acara politik penting akan berlangsung pada hari sama.

“Tan Sri Abdul Hadi telah menerima jemputan daripada Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan bersetuju untuk hadir serta merasmikan Konvensyen RESET di Kelantan,” katanya.

Beliau turut memaklumkan, satu lagi program besar akan berlangsung di Negeri Sembilan, apabila Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, dijangka menyambut kemasukan lebih 10 golongan profesional, tokoh korporat dan pentadbir ke dalam parti berkenaan.

Dalam pada itu, Mohd Syahir yang juga Ahli Parlimen Bachok berkata, PAS kini sedang mengadakan mesyuarat agung tahunan di peringkat kawasan di seluruh negara dengan laporan menunjukkan peningkatan keahlian serta aktiviti cawangan.

“Sekolah PASTI dan SRITI terus ditubuhkan, manakala aktiviti kebajikan juga diteruskan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Perkembangan terbabit serentak dengan usaha PAS giat memperkukuh gerak kerja organisasi dan usaha mendekati rakyat di seluruh negara, sambil mengekalkan hubungan serta kerjasama dengan tokoh-tokoh politik sekutu. - Getaran, 12 Jun 2026

Berita Berkaitan

1

Politik 7 jam yang lalu

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

2

Politik 1 hari yang lalu

‘Sanusi, Jangan Campur Tangan Kempen Di Negeri Sembilan’ - Zahid Hamidi

3

Politik 1 hari yang lalu

Sanusi Dakwa Kenyataan Diputar Belit, Bakal Buat Laporan Polis 

4

Politik 2 hari yang lalu

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

Sorotan

1

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

2

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

3

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

4

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

5

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Sukan 23 jam yang lalu

F1 GP Bahrain: Malaysia Bakal Jadi Tuan Rumah Di Litar Sepang - PM 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 30 minit yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Institusi Diraja Kekal Berkecuali - Istana

oleh Sophia Ahmad

Sukan 7 jam yang lalu

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemerasan RM2 Juta, 12 Pegawai Dan Anggota Polis Ditahan

oleh Sophia Ahmad