web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

Politik Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jun 2026 3:45PM

Gambar janaan AI

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang dijadualkan berlangsung pada 11 Julai depan dijangka menyaksikan persaingan sengit di beberapa kerusi panas.

PRN kali ini juga menyaksikan peningkatan persaingan antara dan dalam gabungan politik, dengan sekurang-kurangnya 10 kerusi dikenal pasti sebagai kawasan berisiko tinggi untuk berubah tangan, berikutan majoriti tipis serta penjajaran semula politik yang sedang berlaku.

Tujuh daripada kerusi berkenaan dimenangi dengan majoriti kurang daripada 1,000 undi, sekali gus menggambarkan ketidaktentuan sokongan pengundi di kawasan yang menyaksikan persaingan rapat.

Memetik laporan Berita Harian, majoriti paling kecil dicatatkan di Bukit Batu apabila calon PKR, Arthur Chiong Sen Sern, menang dengan kelebihan hanya 137 undi. 

Ia diikuti Bukit Pasir yang dimenangi calon Barisan Nasional (BN)-UMNO, Mohamad Fazli Mohamad Salleh, dengan majoriti 198 undi.

Kerusi  lain termasuk Parit Yaani yang disandang Datuk Najib Samuri (BN-UMNO) dengan majoriti 294 undi, Tangkak (Ee Chin Li, PH-DAP) dengan majoriti 372 undi, Serom (Khairin-Nisa Ismail, BN-UMNO) dengan majoriti 699 undi, Bukit Kepong (Datuk Dr Sahruddin Jamal, PN-BERSATU) dengan majoriti 710 undi, serta Jementah (Ng Kor Sim, PH) dengan majoriti 714 undi.

Selain semua kerusi tersebut, tiga lagi kawasan iaitu Tiram, Endau dan Puteri Wangsa turut menjadi perhatian susulan pertikaian dalaman, termasuk lompat parti.

Di Tiram, konflik dalaman berkaitan DAP nula berlaku selepas persaraan mengejut bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Marina Ibrahim. 

Situasi tersebut menimbulkan persoalan mengenai pemilihan calon dan kemungkinan PKR bertanding di kerusi tersebut yang sebelum ini dimenangi BN-UMNO dengan majoriti 5,281 undi pada 2022.

Di Endau pula, ketegangan politik meningkat selepas penyandangnya, Alwiyah Talib, meninggalkan BERSATU dan kembali menyertai UMNO pada 4 Jun lalu. 

Perkembangan terbabit mencetuskan spekulasi bahawa beliau mungkin dicalonkan semula di bawah BN walaupun sebelum ini mempertahankan kerusi berkenaan atas tiket Perikatan Nasional (PN) dengan majoriti 3,041 undi.

Sementara itu, Puteri Wangsa yang kini disandang Presiden MUDA, Amira Aisya Abdul Aziz, turut menjadi medan pertikaian antara parti. 

Naib Pengerusi AMANAH Johor, Dr Zuhan Zain, mendakwa kerusi berikut hanya diperuntukkan sementara kepada MUDA, namun dakwaan berkenaan ditolak Ketua Angkatan Muda Keadilan Johor, Faezuddin Puad, yang menegaskan tiada mana-mana parti boleh menganggap sesuatu kerusi sebagai milik kekal mereka.

MUDA pula menegaskan pendirian untuk mempertahankan satu-satunya kerusi Dewan Undangan Negeri yang dimilikinya.

Penganalisis politik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Madya Dr Mazlan Ali berkata, PRN Johor kali ini dijangka lebih kompetitif berikutan perubahan pakatan politik, kemunculan entiti politik baharu serta peningkatan tumpuan pengundi terhadap isu tempatan dan prestasi calon.

Menurut beliau, sekiranya berlaku pertandingan lima atau enam penjuru, keadaan itu boleh menyebabkan undi berpecah kepada beberapa blok politik sekali gus menyukarkan mana-mana parti memperoleh kemenangan dengan majoriti besar.

“Pada pandangan saya, tidak mustahil tiada satu parti pun yang benar-benar dominan selepas pilihan raya ini. Jika keadaan itu berlaku, pembentukan kerajaan mungkin memerlukan kerjasama antara beberapa parti politik,” katanya.

Beliau menjelaskan, pembubaran kerjasama PAS-BERSATU serta kemunculan gerakan politik baharu seperti Bersama dan Gerakan RESET berpotensi menambah lagi perpecahan dalam landskap politik negeri itu. - Getaran, 13 Jun 2026

Berita Berkaitan

1

Politik 7 jam yang lalu

Undi Awal PRN Negeri Sembilan Bermula, Libatkan 22,339 Pengundi Keselamatan

2

Politik 1 hari yang lalu

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Politik 2 hari yang lalu

‘Sanusi, Jangan Campur Tangan Kempen Di Negeri Sembilan’ - Zahid Hamidi

4

Politik 2 hari yang lalu

Sanusi Dakwa Kenyataan Diputar Belit, Bakal Buat Laporan Polis 

Sorotan

1

Tingkatan 6 Kekal Bawah KPM, Ambil Kira Pelbagai Aspek - PM

2

Polis Buru Suspek Kes Tembak Lelaki Di Simpang Ampat

3

Ketua Menteri Pulau Pinang Beri Penghormatan Terakhir Kepada Remaja Maut Komtar

4

Undi Awal PRN Negeri Sembilan Bermula, Libatkan 22,339 Pengundi Keselamatan

5

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

6

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Polis Buru Suspek Kes Tembak Lelaki Di Simpang Ampat

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 6 jam yang lalu

Tingkatan 6 Kekal Bawah KPM, Ambil Kira Pelbagai Aspek - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Bayi Perempuan Baru Lahir Ditemukan Dibuang Di Pekarangan Masjid

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 6 Maut Di Karak, PM Zahir Ucapan Takziah

oleh Sophia Ahmad