web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hamzah Zainudin Lancar Parti Politik Baharu, AGM Pertama Minggu Depan

Politik Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jun 2026 8:38PM

Hamzah Zainudin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengasas Gerakan RESET, Datuk Seri Hamzah Zainudin hari ini mengumumkan penubuhan sebuah parti politik baharu dikenali sebagai Parti Wawasan Negara.

Ketika berucap pada Konvensyen RESET, Hamzah berkata, mesyuarat agung tahunan pertama parti itu dijangka diadakan pada minggu hadapan.

Menurut beliau, nama Parti Wawasan Negara itu dipilihop Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

“Parti ini akan menjadi platform politik rasmi kepada Gerakan RESET yang dianggotai pemimpin dan ahli yang keluar atau dipecat daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menjelang Pilihan Raya Umum akan datang.

“Kita mahu bekerjasama dengan PAS, GERAKAN dan parti-parti lain. Insya-Allah, kita akan membina persefahaman yang lebih baik serta kerjasama politik yang lebih menyeluruh dan meyakinkan,” katanya ketika berucap pada konvensyen yang dirasmikan oleh Abdul Hadi.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, serta Presiden GERAKAN, Datuk Dr Dominic Lau.

Minggu lalu, media melaporkan Hamzah dijangka mengumumkan penubuhan sebuah parti politik baharu hari ini.

Bagaimanapun, masih belum dapat dipastikan sama ada Parti Wawasan Negara merupakan sebuah parti yang baharu didaftarkan atau penjenamaan semula sebuah parti sedia ada.

Hamzah berkata, Parti Wawasan Negara komited untuk membantu membina sebuah platform politik yang kukuh,  dengan memberi keutamaan kepada masa depan dan kesejahteraan rakyat Malaysia.

“Insya-Allah, kita akan membantu membina asas yang kukuh bagi agenda masa depan rakyat di seluruh negara,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah sebelum ini berkata, parti baharu tersebut akan menyertai gabungan parti politik bagi memperkukuhkan kekuatan politik pembangkang.

Beliau menegaskan bahawa Hamzah, yang juga bekas Timbalan Presiden BERSATU, kini menerajui Gerakan RESET sebagai sebuah gerakan memperjuangkan gagasan Muafakat Nasional Baharu, dan bagi merealisasikan idea tersebut, sebuah parti politik diperlukan.

Hamzah Kekal Ketua Pembangkang

Dalam perkembangan berkaitan, PAS dan Gerakan RESET mencapai persetujuan untuk mengekalkan Hamzah sebagai Ketua Pembangkang, kata Abdul Hadi Awang.

Menurut beliau, keputusan itu dibuat bagi memastikan kesinambungan kepimpinan pembangkang di bawah struktur sedia ada, selain mengekalkan kestabilan kerjasama antara parti-parti dalam blok berkenaan.

Pada masa yang sama, Ahmad Samsuri turut dikekalkan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN).

Pada 16 Mei lalu, media melaporkan bahawa Samsuri telah dilantik sebagai Ketua Pembangkang yang baharu susulan pemecatan Hamzah daripada BERSATU. - Getaran, 13 Jun 2026

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Peranan Penasihat NFCC Cetus Persoalan, Hamzah Tuntut Penjelasan Pelantikan Azam Baki

2

Politik 1 bulan yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

3

Politik 5 bulan yang lalu

‘Dulu Penyokong, Sekarang Saya Musuh Nombor 1 Muhyiddin’ - Hamzah

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Anak Hamzah Zainudin Didakwa Terima Rasuah RM100,000

Sorotan

1

Kempen PRN Negeri Sembilan: Polis Rakam Keterangan MB Kedah, Pemimpin UMNO

2

Bayi 18 Bulan Maut: Kematian Diklasifikasi Semula Kes Bunuh, Bapa Kandung Suspek Utama

3

OCPD Selamatkan Pelajar Perempuan Daripada Cubaan Bunuh Diri

4

Bayi Perempuan Baru Lahir Ditemukan Dibuang Di Pekarangan Masjid

5

Tingkatan 6 Kekal Bawah KPM, Ambil Kira Pelbagai Aspek - PM

6

Undi Awal PRN Negeri Sembilan Bermula, Libatkan 22,339 Pengundi Keselamatan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Ketua Menteri Pulau Pinang Beri Penghormatan Terakhir Kepada Remaja Maut Komtar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

Kempen PRN Negeri Sembilan: Polis Rakam Keterangan MB Kedah, Pemimpin UMNO

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Rogol Anak Kandung: Bapa Dipenjara 21 Tahun, Sebat 20 Kali

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Bekalan Ubat Di Hospital, Klinik Kerajaan Cukup Untuk 3 Bulan - KKM

oleh Sophia Ahmad