web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Politik Dikemaskini 39 minit yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jun 2026 12:48PM

Hamzah Zainuddin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Parti Wawasan Negara (Wawasan) hari ini mengumumkan keseluruhan struktur kepimpinan pusatnya yang menghimpunkan gabungan bekas menteri, ahli Parlimen, tokoh politik veteran serta profesional dari pelbagai sektor.

Diterajui Datuk Seri Hamzah Zainuddin sebagai Presiden, parti berkenaan turut melantik Tan Sri Dr Rais Yatim sebagai Pengerusi. 

Jawatan Timbalan Presiden diberikan kepada Datuk Tan Lek Khang.

Bagi jawatan Naib Presiden, parti tersebut menamakan lima individu iaitu Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, Datuk Wan Saiful Wan Jan, Datuk Leong Kim Soon, Datuk Mohd Omar Mustapha dan Datuk Huan Cheng Guan.

Dalam struktur pentadbiran utama, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilantik sebagai Setiausaha Agung, manakala Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menyandang jawatan Ketua Penerangan.

Jawatan Setiausaha Eksekutif disandang Mohd Badrul Ezan Mohd Yusof, manakala Bendahari Agung diberikan kepada Datuk Arifin Tobias.

Parti itu turut mengumumkan pelantikan 25 Ahli Jawatankuasa Pusat terdiri daripada wakil rakyat, ahli akademik dan tokoh profesional.

Senarai penuh ahli jawatankuasa tersebut ialah Dzowahir Ab Ghani, Datuk Muhamed Farid Mohamed Zawawi, Fathul Huzair Ayob, Captain Azahari Hasan, Professor Emeritus Tan Sri Dr Ibrahim Shah Abu Shah, Datuk Suhaimi Mohd Ghazali, Datuk Zulkifli Bujang.

Datuk Simon Suresh V Varunamegam, Khaliq Mehtab Mohd Ishaq, Datuk Asmawi Harun, Datuk Abdul Aziz Ismail, Dayang Saniah Awang Hamid, Dr Richard Ng, Ir Ts Mohd Khoushaini Mohd Naim, Tan Tee Beng, Tun Fiqa Mohammad, Phang Horng Woie.

Syed Hassan Syed Ali, Yunus Nordin, Muhammad Fadhli Ismail, Wong Chan Giap, Hussien Ridzuan Ibrahim Basri, Bibi Sunita Sakandar Khan, Huan Xin Yun dan Mohd Hamdan Mohd Sharif.

Penubuhan parti ini menandakan peralihan rasmi Gerakan RESET ke platform politik, selepas ia diperkenalkan Hamzah pada 13 Jun lalu pada Konvensyen RESET di Tanah Merah, Kelantan.

Parti Wawasan turut memaklumkan bahawa ia telah didaftarkan secara rasmi di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) dengan nombor pendaftaran PPM-004-07-08062009. - Getaran, 21 Jun 2026

Berita Berkaitan

1

Politik 21 jam yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Politik 2 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Politik 2 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

4

Politik 2 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Politik 21 jam yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar