web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 8 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 9 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jun 2026 12:08PM

Sultan Ibrahim dan Permaisuri Raja Zarith Sofiah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan penghargaan kepada seluruh insan yang bergelar bapa sempena sambutan Hari Bapa.

Menyifatkan golongan berkenaan sebagai tunjang kekuatan keluarga, baginda berdua bertitah, golongan bapa adalah pembimbing kepada generasi masa depan negara.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda berdua turut mengiktiraf segala pengorbanan yang dicurahkan oleh golongan bapa dalam membesarkan dan membimbing anak-anak.

Dalam titah yang sama, Yang di-Pertuan Agong menegaskan, bapa memainkan peranan penting sebagai sumber kekuatan sesebuah keluarga serta pencorak masa depan anak-anak.

“Terima kasih atas segala pengorbanan, kasih sayang dan bimbingan yang amat bernilai. 

“Biarpun jarang dizahirkan dengan kata-kata, jasa serta kasih seorang bapa tetap abadi di dalam hati," titah baginda.

Seri Paduka Baginda turut menzahirkan doa agar Allah SWT melimpahkan rahmat ke atas Almarhum Sultan Iskandar dan Almarhum Sultan Idris Shah II.

Sambutan Hari Bapa diraikan setiap tahun sebagai penghargaan terhadap peranan serta sumbangan golongan bapa dalam institusi keluarga dan masyarakat. - Getaran, 21 Jun 2026

Sorotan

1

Robot Humanoid Dijangka Sertai Sambutan Hari Kebangsaan

2

Audit Forensik Felda Dibawa Ke Mesyuarat Kabinet - PM 

3

Bau Busuk Jadi Petunjuk, Polis Temui Mayat Wanita Berikat

4

Jerebu Semakin Buruk, 32 Kawasan Catat Bacaan Tidak Sihat

5

20 Warga China Direman 4 Hari, Disyaki Terlibat Sindiket 'Love Scam'

6

‘Roller Coaster’ Rosak Di Taman Tema, 10 Penumpang Cedera

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

‘Jadikan Nilai Islam Contoh Dalam Pentadbiran, Pendidikan’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Banduan Maut Dipukul 3 Rakan Di Penjara Marang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jerebu Semakin Buruk, 32 Kawasan Catat Bacaan Tidak Sihat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Bau Busuk Jadi Petunjuk, Polis Temui Mayat Wanita Berikat

oleh Sophia Ahmad