web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

Politik Dikemaskini 29 saat yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jun 2026 4:12PM

Anthony Loke - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan (PH) menangguhkan sebarang keputusan berhubung calon Menteri Besar Johor dan hanya akan menentukan nama yang bakal menerajui kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Negeri (PRN), sekiranya gabungan itu berjaya membentuk kerajaan.

Timbalan Pengerusi PH, Anthony Loke berkata, spekulasi mengenai calon Menteri Besar Johor ketika ini adalah terlalu awal kerana fokus utama gabungan berkenaan adalah memastikan kemenangan semua calon yang bertanding.

Menurut beliau, isu pelantikan Menteri Besar akan dibincangkan di peringkat tertinggi PH selepas keputusan pilihan raya diketahui.

“Fokus kami sekarang adalah memastikan calon-calon kami menang terlebih dahulu.

“Oleh itu, isu Menteri Besar Johor akan dibincangkan di peringkat tertinggi Pakatan Harapan. Pada peringkat ini, tiada sebarang pengumuman dibuat,” katanya, selepas pengumuman calon PH bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Jaya dan Tiram di Pusat Komuniti Harapan, Plentong, hari ini.

Loke yang juga Setiausaha Agung DAP menyatakan demikian sebagai mengulas pertanyaan sama ada PH telah mengenal pasti “poster boy” atau calon Menteri Besar sekiranya gabungan itu berjaya memperoleh mandat untuk mentadbir Johor.

Beliau menjelaskan, strategi kempen DAP tidak akan tertumpu kepada seorang tokoh tertentu, sebaliknya memberi penekanan kepada calon-calon yang bertanding di setiap kawasan.

“Bagi DAP, setiap kawasan ditandingi mempunyai ‘poster boy’ atau ‘poster girl’ tersendiri berdasarkan calon parti yang bertanding di kerusi tersebut,” katanya.

Kenyataan itu menggambarkan pendirian PH untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada kempen pilihan raya dan mengelakkan perbincangan mengenai kepimpinan negeri sebelum memperoleh mandat daripada rakyat. - Getaran, 20 Jun 2026

Berita Berkaitan

1

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

2

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

3

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

4

Politik 2 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad