web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2 Remaja Perempuan Maut: Mayat Ditemui Selepas Dicari Keluarga

Semasa Dikemaskini 2 minit yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jul 2026 9:13PM

Flat Sungai Pari iaitu lokasi mayat dua remaja perempuan ditemui

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mayat dua remaja perempuan yang ditemui di sebuah blok pangsapuri terbiar di Flat Sungai Pari, Buntong, Ipoh, dipercayai dijumpai hanya selepas ahli keluarga mereka datang ke lokasi berkenaan untuk mencari anak mereka.

Pengawal keselamatan, R. Madhesh, 22, berkata, abang kepada salah seorang mangsa tiba di lokasi kira-kira jam 2.30 petang semalam bersama seorang rakan bagi mencari adik perempuannya yang dilaporkan hilang.

Kira-kira sejam kemudian, seorang wanita yang dipercayai penjaga kepada salah seorang mangsa turut tiba di flat terbiar itu sekitar jam 3.30 petang.

Menurut Madhesh, beliau tidak berada di lokasi ketika mayat kedua-dua mangsa akhirnya ditemukan kerana keluar sebentar untuk membeli minuman, sebelum penemuan terbabit dimaklumkan rakan sekerjanya.

“Abang kepada salah seorang mangsa bersama rakannya datang menaiki motosikal dan bertanya sama ada saya ada melihat dua remaja perempuan memasuki kawasan ini. Saya memberitahu bahawa saya tidak melihat mereka.

“Rakannya kemudian memaklumkan bahawa dia ternampak kedua-dua remaja itu memasuki kawasan berkenaan kira-kira jam 1.30 petang.

“Saya kemudian membantu mereka mencari di sekitar kawasan tersebut, namun tiada sebarang tindak balas dan kami gagal menemui mereka.

“Sejam kemudian, penjaga kepada salah seorang mangsa tiba dengan menaiki kereta dalam keadaan menangis sebelum terus bertanya sama ada saya ada melihat kedua-dua remaja itu,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Beliau berkata, usaha mencari diteruskan di sekitar blok kediaman terbiar itu termasuk di beberapa tingkat bahagian atas, sebelum diarahkan majikannya supaya meninggalkan bangunan berkenaan manakala ahli keluarga mangsa menunggu di luar.

“Apabila penyelia saya tiba di sini, saya diminta turun sebelum keluar membeli air. Apabila saya kembali, ramai orang sudah berkumpul di sekeliling mayat kedua-dua remaja tersebut,” katanya.

Sementara itu, penduduk tempatan, Roshider Pal Singh Karam Singh, 46, berkata Flat Sungai Pari itu telah dikosongkan sekitar 13 tahun lalu dan dikenali dalam kalangan penduduk tempatan sebagai lokasi yang sering dikaitkan dengan aktiviti penyalahgunaan dadah.

Beliau berkata, kawasan tersebut juga sudah beberapa kali dijadikan lokasi penggambaran drama dan filem, khususnya yang bertemakan seram.

“Sebelum ini, kawasan ini pernah menjadi lokasi urus niaga dadah secara pandu lalu. Saya dimaklumkan kawasan ini telah dibeli pemilik baharu yang bercadang membangunkannya semula tanpa merobohkan struktur sedia ada, kerana bimbang boleh menyebabkan keretakan pada rumah-rumah penduduk berhampiran,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan dua pelajar perempuan berusia 14 tahun ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat atas sebuah flat terbiar. 

Pihak berkuasa kini sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti keadaan sebenar yang membawa kepada kejadian itu. - Getaran, 25 Julai 2026

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

2

Semasa 2 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

3

Video & Galeri 3 hari yang lalu

Polis Buru 2 Suspek Samun, Tendang Wanita Warga Emas 

4

Semasa 3 hari yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

Sorotan

1

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

2

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

3

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

4

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

5

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

6

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 jam yang lalu

Jangan Sembunyi Kes Buli, Tutup Kes Akan Nafi Keadilan Untuk Mangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Idris Jala Hidap Kanser Paru-Paru Tahap 3, Lepaskan Peranan Hos Podcast 

oleh Sophia Ahmad