web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Operasi Banteras PATI Diperhebat, 109 Warga Asing Ditahan Di Ampang

Semasa Dikemaskini 34 saat yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jul 2026 8:07PM

Gambar JIM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 109 warga asing yang disyaki menyalahgunakan Pas Lawatan Sosial (PLS) dengan bekerja tanpa kebenaran, dalam satu operasi di sebuah bangunan komersial di Jalan Ampang, di sini. 

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, operasi yang dijalankan pada jam 11.45 pagi semalam itu dilancarkan susulan aduan orang ramai mengenai peningkatan kehadiran warga asing, khususnya warga China, di kawasan berkenaan.

Menurut beliau, pihak jabatan telah menjalankan risikan selama tiga minggu sebelum menggerakkan 58 pegawai untuk menyerbu dua tingkat bangunan komersial tersebut, yang menyaksikan seramai 120 individu diperiksa.

Daripada jumlah itu katanya, tujuh merupakan rakyat Malaysia manakala 113 lagi ialah warga asing dari China, Bangladesh, Myanmar dan India.

“Semasa serbuan dijalankan, warga asing terbabit didapati sedang aktif menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian di beberapa unit dalam bangunan komersial tersebut.

“Premis berkenaan dipercayai sedang disiapkan untuk beroperasi sebagai sebuah kelab hiburan eksklusif yang dilengkapi sistem keselamatan berlapis serta kawalan akses yang ketat.

“Tindakan itu dipercayai bertujuan mengehadkan kemasukan orang awam serta mengelakkan aktiviti di dalam premis daripada dikesan pihak berkuasa,” katanya.

Hasil siasatan awal mendapati, kebanyakan warga asing terbabit memasuki Malaysia menggunakan Pas Lawatan Sosial, namun disyaki bekerja secara haram, sekali gus melanggar syarat pas yang diberikan.

Selain itu, pihak berkuasa turut mengesan individu yang disyaki tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan serta gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah semasa pemeriksaan.

Menurut Zakaria, seramai 109 warga asing yang ditahan terdiri daripada 78 lelaki warga China dan 31 lelaki warga Bangladesh, Myanmar serta India, berusia antara 30 hingga 43 tahun.

Kesemua mereka ditahan bagi membantu siasatan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Mereka telah ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen bagi tindakan lanjut,” katanya.

Dalam operasi sama, seorang lelaki tempatan turut ditahan kerana disyaki bertindak sebagai pengurus atau individu yang bertanggungjawab mengatur kehadiran warga asing di premis berkenaan.

Zakaria menegaskan, JIM akan terus mengambil tindakan tegas terhadap warga asing yang terlibat dalam aktiviti perniagaan haram, kesalahan tinggal melebihi tempoh dibenarkan serta penyalahgunaan pas imigresen.

“Tindakan juga akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menggaji atau melindungi pendatang asing tanpa izin (PATI),” katanya.

Sementara itu, pihak berkuasa di Kelantan turut melaksanakan operasi berskala besar hari ini yang menyasarkan warga asing, termasuk komuniti Rohingya, di beberapa lokasi tumpuan pendatang di ibu negeri itu, termasuk kawasan dikenali sebagai “Mini Dhaka” Kelantan.

Operasi diketuai Pengarah Jabatan Imigresen Kelantan, Garry Belayong Anak John Siki itu bermula pada jam 10 pagi dengan memberi tumpuan kepada beberapa lokasi di Kota Bharu yang dikenal pasti sebagai tempat berkumpul warga asing.

Lebih 50 anggota penguat kuasa daripada Jabatan Imigresen, Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) terlibat dalam operasi tersebut.

Menurut laporan New Straits Times (NST), kawasan yang menjadi sasaran termasuk Jalan Dato Pati, Jalan Doktor, Jalan Tok Hakim dan Jalan Hilir Pasar.

Kebanyakan individu yang diperiksa merupakan warga Rohingya, Myanmar dan Bangladesh.

Mereka dipercayai datang ke pusat bandar menggunakan pengangkutan awam seperti bas dan kenderaan sewa, sama ada bersama rakan, anak-anak kecil mahupun ahli keluarga warga emas untuk membeli-belah pada hujung minggu.

Operasi itu merupakan sebahagian daripada usaha penguatkuasaan berterusan bagi mengesan pelanggaran undang-undang imigresen serta memastikan pematuhan terhadap peraturan imigresen Malaysia.

Sebelum ini, pihak berkuasa mengenal pasti sekurang-kurangnya 11 lokasi di Kota Bharu yang sering menjadi tumpuan warga asing, kebanyakannya tertumpu di sekitar kedai runcit dan premis komersial.

Menurut satu sumber, antara lokasi yang dikenal pasti ialah Jalan Padang Garong, khususnya kawasan sekitar premis pengurup wang, zon komersial serta beberapa premis perniagaan dikendalikan peniaga Aceh. - Getaran, 24 Julai 2026

Sorotan

1

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

2

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

3

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

4

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

5

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad