web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bekalan Ubat Di Hospital, Klinik Kerajaan Cukup Untuk 3 Bulan - KKM

Semasa Dikemaskini 34 saat yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jul 2026 8:42PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan bekalan ubat di semua hospital dan klinik kerajaan berada pada tahap mencukupi, dengan setiap fasiliti kesihatan diwajibkan menyimpan stok bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga bulan.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib berkata, KKM sentiasa memantau rantaian bekalan ubat di peringkat domestik dan antarabangsa, susulan ketidaktentuan situasi geopolitik global yang berpotensi menjejaskan bekalan.

Menurut beliau, kementerian turut bekerjasama rapat dengan syarikat farmaseutikal serta pembekal bagi memastikan tahap pegangan stok sentiasa dipantau berdasarkan kategori risiko rantaian bekalan.

“Bagi ubat dalam kategori risiko rendah, pembekal mempunyai stok melebihi tiga bulan. Untuk kategori risiko sederhana pula, bekalan adalah sekitar dua bulan, manakala ubat berisiko tinggi mempunyai stok sekurang-kurangnya sebulan.

"Sekiranya berlaku gangguan bekalan bagi sesuatu jenama ubat, pihak hospital akan menyediakan ubat gantian daripada jenama lain yang mempunyai formulasi serta fungsi terapeutik yang sama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Senator Baharuddin Ahmad berhubung jaminan keselamatan bekalan ubat di fasiliti kesihatan awam pada persidangan Dewan Negara, hari ini.

Mengulas lanjut, Hanifah berkata,  proses perolehan akan dipercepat bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan dan rawatan kepada rakyat tidak terjejas, sekiranya berlaku situasi kritikal yang menjejaskan bekalan ubat. - Getaran, 28 Julai 2026

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 bulan yang lalu

Reformasi MITRA Berjaya Dilaksanakan Di Bawah Kepimpinan Anwar - Ramanan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Dewan Negara Lulus Usul Kajian Separuh Penggal RMK12

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kalimah 'Wallahi Wabillahi Watallahi' Tidak Pernah Diguna Dalam Peruntukan Angkat Sumpah

4

Ekonomi 3 tahun yang lalu

Dewan Negara Lulus RUU Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2023

Sorotan

1

Kempen PRN Negeri Sembilan: Polis Rakam Keterangan MB Kedah, Pemimpin UMNO

2

Bayi 18 Bulan Maut: Kematian Diklasifikasi Semula Kes Bunuh, Bapa Kandung Suspek Utama

3

OCPD Selamatkan Pelajar Perempuan Daripada Cubaan Bunuh Diri

4

Bayi Perempuan Baru Lahir Ditemukan Dibuang Di Pekarangan Masjid

5

Tingkatan 6 Kekal Bawah KPM, Ambil Kira Pelbagai Aspek - PM

6

Undi Awal PRN Negeri Sembilan Bermula, Libatkan 22,339 Pengundi Keselamatan

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Bayi 18 Bulan Maut: Kematian Diklasifikasi Semula Kes Bunuh, Bapa Kandung Suspek Utama

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Institusi Diraja Kekal Berkecuali - Istana

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Bayi Perempuan Baru Lahir Ditemukan Dibuang Di Pekarangan Masjid

oleh Amirah Abu Bakar