web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Reformasi MITRA Berjaya Dilaksanakan Di Bawah Kepimpinan Anwar - Ramanan

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 02 Sep 2025 9:28PM

R Ramanan - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Unit Transformasi Masyarakat India (MITRA) telah berjaya direformasikan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan hala tuju yang lebih jelas, telus dan berkesan untuk pembangunan masyarakat India, khususnya golongan B40.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri R. Ramanan berkata di bawah kepimpinan Anwar, Pasukan Petugas Khas MITRA telah ditubuhkan bagi mengawal selia dan memantau setiap program yang dilaksanakan di bawah agensi terbabit.

"MITRA kini nampak lebih bebas dan telus jika dibandingkan dahulu. Inilah reformasi sebenar yang dilaksanakan oleh Kerajaan MADANI terhadap MITRA. Jika dahulu, jarang sekali kita mendengar apa-apa penjelasan kerajaan mengenai MITRA ataupun SEDIC (nama lama MITRA).

"... tetapi Kerajaan MADANI sekarang tidak melindungi sebarang perkara berkaitan MITRA. Setiap program dan penerima manfaat juga akan disenaraikan menerusi laman web MITRA, tidak seperti sebelum ini," katanya ketika menggulung perbahasan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) MITRA di Dewan Negara hari ini.

Mengenai isu ketiadaan wakil kaum India untuk menyuarakan isu komuniti terbabit, Ramanan berkata Perdana Menteri telah memberi jaminan bahawa suara dan aspirasi masyarakat India tidak pernah diketepikan kerana ia disalurkan melalui MITRA, wakil Rakyat, Senator dan pelbagai mekanisme konsultasi yang ada.

Malah, katanya Anwar adalah satu-satunya Perdana Menteri Malaysia yang memberikan ruang cukup bebas dan terbuka untuk bersuara dan memberikan padangan termasuk isu berkaitan komuniti India yang akan diberi perhatian sewajarnya dalam proses merangka dasar dan pelaksandan inisiatif kerajaan.

Sementara itu, beliau berkata jumlah kelulusan peruntukan MITRA telah mencecah RM62.28 juta atau 62.3 peratus setakat 15 Ogos lepas daripada RM100 juta yang disediakan untuk tahun ini.

Ramanan berkata Perdana Menteri telah memberi kelulusan untuk melaksanakan 23 program di bawah inisiatif Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (PPSMI) yang memberi tumpuan kepada tiga bidang utama pembangunan masyarakat India iaitu pendidikan dan latihan, kerohanian dan kebudayaan serta kesejahteraan sosial.

"Peruntukan pembangunan untuk masyarakat India di negara ini bukanlah terhad kepada RM100 juta semata-mata, tetapi turut merangkumi pelbagai peruntukan lain yang disalurkan melalui pelbagai kementerian dan agensi yang meliputi semua kaum.

"Kerajaan MADANI juga sentiasa terbuka untuk menilai semula struktur pentadbiran MITRA, termasuk cadangan untuk menaikkannya menjadi sebuah agensi dengan kuasa yang lebih besar bagi memastikan setiap cadangan penambahbaikan akan memberikan kesan yang efektif terhadap sistem penyampaian MITRA," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

Pemilihan PKR: Tunggu Hasil Siasatan JPP - Ramanan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Ramanan Terima Darjah Kebesaran Pahang Bawa Gelaran Datuk Seri

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Dewan Negara Lulus Usul Kajian Separuh Penggal RMK12

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kalimah 'Wallahi Wabillahi Watallahi' Tidak Pernah Diguna Dalam Peruntukan Angkat Sumpah

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Politik 8 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad