web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ramanan Terima Darjah Kebesaran Pahang Bawa Gelaran Datuk Seri

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Sep 2024 6:35PM

Sultan Pahang berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran yang membawa gelaran Datuk Seri kepada Ramanan Ramakrishnan. – Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN – Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk R Ramanan hari ini dikurniakan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia - Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri. 

Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menganugerahkan darjah kebesaran itu sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-65 baginda di Balai Mahkota Istana Abdulaziz di sini hari ini. 

Ketika ditemui media, Ramanan yang juga antara 27 penerima darjah kebesaran pada istiadat itu, merafak sembah dan menjunjung kasih kepada Sultan Pahang atas pengurniaan darjah kebesaran SSAP dan amat menghargainya. 

"Hari ini berlangsung upacara pengurniaan darjah kebesaran... Ampun Tuanku, patik merafak sembah menjunjung kasih atas limpah perkenan Tuanku menganugerahkan patik Darjah Kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah (SSAP) Pahang pada Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Pahang Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-65 Sultan Pahang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas istiadat berkenaan di pekarangan Istana Abdulaziz di sini hari ini. 

Ramanan, 43, dilantik sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi pada rombakan Kabinet pada Disember 2023 dan beliau juga dikenali sebagai individu yang begitu komited dalam agenda memperkasakan ekonomi rakyat negara ini termasuk komuniti India selari dengan visi dan misi kerajaan MADANI menerusi pelbagai inisiatif yang direncanakan. 

Bagi tujuan itu, Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Timbalan Ketua Penerangan 1 Parti Keadilan Rakyat (PKR) ini mengusahakan tiga inisiatif khas mempertingkatkan komuniti ekonomi usahawan India di negara ini dalam tempoh masa lapan bulan sebaik dilantik menggalas tanggungjawab berkenaan. 

Inisiatif khas itu ialah Skim Pembiayaan Pemerkasaan (SPUMI) Goes Big melalui Tekun Nasional yang memperuntukkan dana sebanyak RM30 juta dan Prosperity, Empowerment and A New Normal (PENN) di bawah Amanah Ikthiar Malaysia khusus untuk pemerkasaan wanita India sebanyak RM50 juta serta Bank Rakyat Indian Entrepreneur Financing-i (BRIEF-i).

"Sudah tentu, kalau kita lihat pembangunan komuniti India sekarang sangat bagus (dan) kita ada banyak inisiatif (yang telah digerakkan). (Biarpun begitu ada) banyak lagi yang kita perlu buat tetapi setakat ini memang kita boleh nampak kerajaan MADANI telah melaksanakan banyak program (buat komuniti itu). 

"(Antaranya) pembiayaan, bantuan untuk komuniti mengembangkan perniagaan mereka melalui ekonomi. Kita juga melihat, kalau dari segi sebelum ini, kita lihat daripada MITRA (Unit Transformasi Masyarakat India) yang menjalankan program kebajikan seperti perubatan, bantuan pendidikan, so memang ia all-rounded effect bukan sahaja ekonomi," katanya. 

Komitmen anak kelahiran Kuala Lumpur ini dalam memperkasakan komuniti masyarakat India juga begitu terserlah apabila beliau sebelum ini ialah Pengerusi Jawatankuasa Khas MITRA dan telah melaksanakan amanah itu dengan amat berkesan. 

Ini termasuk berjaya memanfaatkan sebaiknya dana sebanyak RM100 juta yang diperuntukkan kepada MITRA menerusi Belanjawan 2023 untuk pelbagai inisiatif pembangunan serta program sosioekonomi pemerkasaaan komuniti India buat julung kali yang telah memanfaatkan lebih 100,000 orang.

Tidak sekadar itu, bahkan perjuangan di bawah kepimpinan Ramanan, MITRA juga akhirnya berjaya menerima pemakluman rasmi status penarafan semula risiko untuk 2023 bagi unit dikategorikan sebagai risiko 'Rendah' oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 

Beliau juga berjaya membersihkan imej badan itu hanya dalam tempoh lima bulan melalui kepimpinan tegasnya serta melaksanakan pelbagai penambahbaikan yang drastik untuk mengembalikan semula keyakinan masyarakat India terhadap MITRA. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 bulan yang lalu

Reformasi MITRA Berjaya Dilaksanakan Di Bawah Kepimpinan Anwar - Ramanan

2

Politik 1 tahun yang lalu

Pemilihan PKR: Tunggu Hasil Siasatan JPP - Ramanan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Tengku Afzan, FD Idzham Selamat Diijabkabul

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tindakan Tegas Sewajarnya Akan Diambil Terhadap Portal Salah Lapor Titah Sultan Pahang 

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Singapura 10 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran