web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pop Meals Terima Pensijilan Halal, Mahu Kembang Operasi Seluruh Malaysia 

Selain jenama Pop Meals, dapur pusat syarikat juga telah menerima pensijilan Halal rasmi, disokong oleh Sistem Jaminan Halal yang ketat bagi memastikan kebolehkesanan 100 peratus bahan mentah dari dapur hingga ke outlet

Usahawan Dikemaskini 47 saat yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jul 2026 6:39PM

Pegawai-pegawai kanan JAKIM bersama Pengarah Pop Meals, Nursuriani Tajul Azhar (dua dari kiri), Pengurus Kualiti Halal, Syahida Wahid Udin (dua dari kanan), dan Eksekutif Halal, Ainna Sofia Zamri (pertama dari kiri), semasa majlis sambutan tersebut

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Permintaan tinggi untuk industri halal tidak pernah berkurangan di Malaysia, malah ia menjadi antara faktor utama yang menentukan sama ada sesebuah jenama itu mampu bertahan lama atau tidak. 

Menyedari hakikat itu, jenama Pop Meals mengambil langkah bijak apabila memilih untuk memohon pensijilan Halal rasmi bagi jenama berkenaan. 

Pensijilan ini yang diraikan 9 Julai lalu adalah tanda aras penting buat jenama terbabit, seiring dengan usaha mereka mengembangkan operasi di seluruh Malaysia sambil mengukuhkan keyakinan pelanggan. 

Ditubuhkan pada 2021 dengan outlet pertamanya di DPulze Cyberjaya, Pop Meals melakar sejarah tersendiri dengan berkembang daripada syarikat pemula makanan, kepada jenama tempatan yang dibanggakan.

Sebingga kini, jenama Pop Meals boleh ditemui di 87 outlet di sekitar Lembah Klang, Melaka, dan Johor. 

Pengarah Pop Meals, Nursuriani Tajul Azhar berkata, syarikatnya berada di landasan yang baik untuk mencapai 100 outlet menjelang akhir tahun ini, sekali gus mencerminkan permintaan kukuh daripada pengguna Malaysia terhadap hidangan yang berpatutan, mudah, dan dekat dengan cita rasa harian.

Menurut beliau, pensijilan Halal tersebut hadir pada masa yang amat bermakna buat Pop Meals, memandangkan syarikat sedang meningkatkan operasi bagi menyokong rangkaian outlet  yang semakin berkembang. 

Selain jenama Pop Meals katanya, dapur pusat syarikat juga telah menerima pensijilan Halal rasmi, disokong oleh Sistem Jaminan Halal yang ketat bagi memastikan kebolehkesanan 100 peratus bahan mentah dari dapur hingga ke outlet.

“Ini merupakan detik yang amat membanggakan buat Pop Meals dan seluruh pasukan.

“Kami bermula sebagai jenama Malaysia dengan misi yang mudah: untuk menjadikan makanan yang enak dan dekat dengan selera rakyat Malaysia lebih mudah dinikmati oleh lebih ramai orang. Penerimaan pensijilan Halal ini merupakan satu pencapaian penting kerana ia memberikan keyakinan yang lebih besar kepada pelanggan terhadap makanan yang kami hidangkan setiap hari,” katanya. 

Jelas Nursuriani, Pop Meals sejak awal memposisikan diri sebagai jenama Malaysia yang dibanggakan dan sejak penubuhan, syarikat memberi tumpuan kepada penyediaan hidangan yang dikenali, digemari, dan dinikmati oleh rakyat Malaysia secara harian, sambil menjadikannya lebih mudah dan mampu milik untuk gaya hidup moden. 

“Hari ini, Pop Meals mempunyai pasukan terdiri daripada lebih 91 peratus ahli pasukan Melayu, dengan ramai daripada mereka berkhidmat di ibu pejabat, operasi kedai makan, kualiti, dan fungsi sokongan syarikat,” katanya, bangga.

Beliau menarik perhatian, penerimaan pensijilan Halal itu turut diraikan dengan kempen promosi diskaun sehingga 55 peratus yang memberi peluang kepada pelanggan seluruh negara untuk menikmati hidangan kegemaran mereka pada harga istimewa. 

Pop Meals di Pantai Hospital meraikan Pensijilan Halal melalui “Hari Memberi Kembali” kepada komuniti petugas barisan hadapan, kakitangan hospital, dan jururawat dengan pemberian 555 hidangan percuma semasa acara tersebut. Semua hidangan telah habis ditebus dalam masa kurang daripada 1 jam
Pop Meals di Pantai Hospital meraikan Pensijilan Halal melalui “Hari Memberi Kembali” kepada komuniti petugas barisan hadapan, kakitangan hospital, dan jururawat dengan pemberian 555 hidangan percuma semasa acara tersebut. Semua hidangan telah habis ditebus dalam masa kurang daripada 1 jam

Kempen ini katanya, mencerminkan komitmen jenama untuk menjadikan hidangan berkualiti lebih mampu milik dan mudah diakses oleh pelanggan harian Malaysia.

“Sebagai sebahagian daripada sambutan ini, Pop Meals juga menganjurkan acara khas “Hari Memberi Kembali” di outlet Pantai Hospital pada Khamis lalu. 

“Pada hari tersebut, para petugas barisan hadapan hospital, kakitangan, dan jururawat dijemput untuk mendapatkan 555 hidangan Mac n Cheese percuma sebagai tanda penghargaan atas dedikasi dan khidmat mereka kepada masyarakat,” katanya.

Nursuriani memberitahu, outlet Pantai Hospital merupakan lokasi yang sangat bermakna buat jenama berkenaan, kerana ia membolehkan mereka meraikan momen bermakna tersebut bersama insan yang berkhidmat kepada masyarakat.

“Kami amat berbesar hati untuk memberi kembali kepada petugas barisan hadapan hospital, kakitangan, dan jururawat melalui pemberian 555 hidangan percuma pada hari yang sama dengan majlis pensijilan Halal kami,” katanya. 

Melangkah ke hadapan tambah beliau, Pop Meals berhasrat membawa hidangan klasik tempatan kepada lebih ramai pelanggan, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di seluruh Asia Tenggara dan rantau sekitar.

“Syarikat telah menjalin usaha sama dengan konglomerat runcit tempatan yang kukuh sebagai sebahagian daripada strategi pertumbuhan serantau, dengan menggabungkan jenama makanan dan model operasi Pop Meals bersama rakan kongsi tempatan yang berpengaruh di pasaran baharu.

“Ketika Pop Meals semakin menghampiri pencapaian 100 outlet, pensijilan Halal ini membawa makna yang lebih besar daripada sekadar pencapaian operasi,” katanya. - Getaran, 14 Julai 2026.

Berita Berkaitan

1

Usahawan 3 bulan yang lalu

Capal Jago Kepala Batas: Warisan 6 Dekad Jadi Pilihan PM

2

Usahawan 2 tahun yang lalu

Kedai Kopi Jalan Ampas Imbau Nostalgia Filem Melayu Lama

3

Usahawan 2 tahun yang lalu

Pengusaha Harumanis Tak Menang Tangan Penuhi Permintaan Pelanggan

4

Usahawan 2 tahun yang lalu

Peniaga Nasi Kukus Raih Jualan RM14,000 Sebulan Selepas Sertai Program IPR

Sorotan

1

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

2

PRN Negeri Sembilan: Ada Perbincangan Positif Dengan BN - PAS

3

Misteri Bau Busuk Terbongkar, Mayat Wanita Reput Ditemui Dalam Apartment

4

Pub Popular Terbakar, 27 Maut, Puluhan Cedera Parah 

5

Keputusan Kes Syed Saddiq: Bella Astillah, Keluarga Hadir Di Mahkamah Persekutuan 

6

Menang 8 Kerusi, ADUN PH Sedia Jalankan Tugas Pembangkang Dengan Penuh Integriti - Amirudin