web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemilihan PKR: Tunggu Hasil Siasatan JPP - Ramanan

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Apr 2025 6:59PM

R Ramanan (tiga kanan) beramah mesra bersama tetamu pada majlis Rumah Terbuka AIM hari ini - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Timbalan Ketua Penerangan 1 PKR Datuk Seri R Ramanan meminta semua pihak yang membuat bantahan dan rayuan berhubung keputusan pemilihan parti dapat menunggu hasil siasatan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) berkata PKR adalah parti yang menjunjung tinggi proses keadilan semasa pemilihan sejak dulu lagi.

"Bagi saya ini (keputusan tidak dijangka) adalah biasa dalam satu pemilihan, sama ada pemilihan parti atau pilihan raya umum, ada menang dan ada yang kalah....Jadi ada terima, ada yang tak terima, ini adalah realiti dalam politik.

"Tetapi, yang penting, kita ada tempoh rayuan dan bantahan. Biar proses itu selesai kerana semua orang ada peluang kemuka rayuan. Rayuan dan bantahan akan ke JPP, mereka akan siasat dan berikan keputusan kepada MPP, jadi kita tunggu proses itu," katanya kepada pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai pemilihan peringkat Cabang, Wanita Cabang dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang bermula 11 April hingga hari ini, yang menyaksikan beberapa nama besar termasuk individu berstatus Menteri dan Ahli Parlimen tewas.

Antaranya Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad gagal mempertahankan jawatan Ketua Cabang Setiawangsa, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim tewas bagi pemilihan jawatan Timbalan Ketua Cabang Hang Tuah Jaya dan Timbalan Menteri Perpaduan K Saraswathy tewas bagi Cabang Bukit Bintang.

Selain itu, Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran, Ahli Parlimen Wangsa Maju, Zahir Hassan, Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail dan Ahli Parlimen Sungai Siput, S Kesavan turut tewas dalam perebutan di cabang masing-masing.

Mengenai persiapan beliau menghadapi saingan bagi merebut jawatan Naib Presiden PKR, Ramanan berkata beliau akan meneruskan kempennya hingga pemilihan pada 24 Mei ini walaupun jadualnya agak padat.

 Ahli Parlimen Sungai Buloh itu menang tanpa bertanding Ketua Cabang Sungai Buloh, minggu lepas.

Sementara itu, Ramanan menggesa lebih banyak usahawan berkelayakan untuk tampil memanfaatkan bantuan daripada AlM yang mempunyai dana berjumlah RM2.6 bilion.

"Peluang banyak, AlM buka pintu buat semua yang layak, tetapi peluang itu perlu diambil. AlM tidak pernah menolak apa-apa permintaan kita termasuk program Prosperity Empowerment and A New Normal for Indian Women (PENN) bagi wanita India.

"Pengurusan AlM sangat efisien dengan kadar pinjaman tak berbayar (NPL) tahun ini hanya 0.02 peratus. Pemimpin luar negara pun kagum dan ingin tahu bagaimana kita dapat mencapai tahap ini," katanya.

Ramanan turut tersentuh dengan usaha AlM menjemput dan memberikan sumbangan Aidilfitri berjumlah RM36,000 kepada 180 pemandi jenazah, pembawa van jenazah dan penggali kubur, selain anak yatim pada majlis rumah terbuka itu.

Pengarah Urusan AlM Datuk Mohamed Shamir Abdul Aziz pula menzahirkan penghargaan atas sokongan kerajaan termasuk kelulusan dana tambahan RM100 juta oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 1 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

2

Politik 3 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

3

Politik 4 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

4

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad