web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ibu Hamil Dituduh Mencuri: Lotus’s Mohon Maaf, Pekerja Dikenakan Tindakan Disiplin

Semasa Dikemaskini 25 minit yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jul 2026 12:15PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lotus’s Malaysia mengesahkan telah mengambil tindakan disiplin selaras dengan dasar dalaman syarikat, susulan insiden membabitkan seorang wanita hamil yang dituduh mencuri di cawangan pasar raya itu di Selayang, Selangor.

Dalam satu kenyataan, syarikat itu memaklumkan tindakan berkenaan diambil selepas siasatan berhubung insiden yang turut tular di media sosial selesai dijalankan.

"Kami mendapati cara insiden ini dikendalikan tidak memenuhi standard perkhidmatan dan layanan yang sepatutnya diterima pelanggan di Lotus’s, selain tidak menepati piawaian yang kami tetapkan untuk diri kami sendiri.

“Kepada pelanggan berkenaan, isterinya serta ahli keluarga mereka, kami ingin memohon maaf atas kejadian ini. Tiada pelanggan sepatutnya melalui pengalaman sedemikian ketika membeli-belah di premis kami. Kami amat kesal atas pengalaman yang mereka lalui. Kami juga telah menghubungi keluarga terbabit secara langsung dan kekal komited untuk mendapatkan semula kepercayaan mereka,” menurut kenyataan itu.

Lotus’s berkata, pihaknya kini sedang memperkukuh garis panduan, prosedur serta latihan bagi memastikan semua kakitangan terus mengamalkan standard perkhidmatan yang ditetapkan, sekali gus mengelakkan kejadian seumpama itu daripada berulang.

Pada masa sama, syarikat peruncitan itu turut melahirkan rasa kesal terhadap laporan mengenai gangguan peribadi dan ugutan dalam talian yang ditujukan kepada kakitangannya serta ahli keluarga terdekat mereka susulan insiden tersebut.

“Kami memohon agar semua pihak menghormati privasi, kesejahteraan dan maruah setiap individu yang terlibat serta memberi ruang agar perkara ini dapat diselesaikan dengan penuh persefahaman dan berhemah,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan, suami kepada wanita hamil berkenaan mempertikaikan tindakan penyelia pasar raya itu yang mengarahkan isterinya berdiri selama kira-kira 20 minit selepas dituduh mencuri.

Dikenali sebagai Fareez, 25, dia mendakwa yang sarat mengandung dan berusia 23 tahun dituduh menyembunyikan barangan dicuri dari pasar raya itu dalam pakaiannya. - Getaran, 15 Julai 2026

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 3 minggu yang lalu

Cetus Kontroversi Di China: Pelancong Malaysia Tampil Mohon Maaf 

2

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Hattan Digesa Mohon Maaf, Beliau Tidak Profesional, Hina Tugas Kewartawanan’ - GKMM

3

Politik 3 tahun yang lalu

Ronnie Liu Minta Maaf Kepada Ketua Pembangkang Selangor

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Zul Huzaimy Kesal Tersalah Cakap, Harap Perdana Menteri Stabilkan Ekonomi

Sorotan

1

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

2

PRN Negeri Sembilan: Ada Perbincangan Positif Dengan BN - PAS

3

Misteri Bau Busuk Terbongkar, Mayat Wanita Reput Ditemui Dalam Apartment

4

Pub Popular Terbakar, 27 Maut, Puluhan Cedera Parah 

5

Keputusan Kes Syed Saddiq: Bella Astillah, Keluarga Hadir Di Mahkamah Persekutuan 

6

Menang 8 Kerusi, ADUN PH Sedia Jalankan Tugas Pembangkang Dengan Penuh Integriti - Amirudin

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Agong Sambut Presiden Singapura, Beri Sambutan Negara Di Istana

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kes Syed Saddiq: Pengeluaran RM1 Juta Tak Boleh Disamakan Dengan Pecah Amanah - Mahkamah Persekutuan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 minit yang lalu

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

oleh Wartawan Getaran

Politik 3 minit yang lalu

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

oleh Sophia Ahmad