Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Ronnie Liu Minta Maaf Kepada Ketua Pembangkang Selangor

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Dec 2022 5:59PM

Ronnie Liu - Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek, Ronnie Liu Tian Khiew hari ini membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor susulan kekeliruan mengenai projek penebangan bakau melibatkan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).

“Saya ingin meminta maaf kepada Ketua Pembangkang (Datuk Rizam Ismail (BN-Sungai Air Tawar) kerana pada sesi lalu, beliau membangkitkan isu PKPS yang melibatkan kawasan pantai di kawasan DUN beliau.

“Dalam sesi itu, saya rasa saya percaya projek itu bukan diluluskan kerajaan PH tetapi selepas semakan didapati projek itu diluluskan oleh kerajaan PH. Jadi saya minta maaf,” katanya semasa persidangan DUN Selangor di sini hari ini.

Media melaporkan, Rizam pada sesi DUN sebelum ini mendakwa kerajaan negeri tidak mengambil inisiatif memulihkan tanah paya bakau yang sepatutnya dijadikan projek kelapa sawit secara besar-besaran membabitkan PKPS di kawasan Kampung Dato Hormat, Sungai Ayer Tawar sekitar 2008.

Beliau mendakwa kawasan berkenaan dibiarkan selepas pokok bakau ditebang namun dakwaaan itu disangkal bekas Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong yang menafikan kelulusan penebangan bakau diberikan selepas Pakatan Rakyat mentadbir. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Kerja Pembinaan Jambatan Sungai Sepang Dijangka Bermula Tahun Depan - Aminuddin

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Tarik Balik Segala Tuduhan Terhadap Pemimpin PN - Hamzah

3

Semasa 11 bulan yang lalu

‘Hattan Digesa Mohon Maaf, Beliau Tidak Profesional, Hina Tugas Kewartawanan’ - GKMM

4

Politik 1 tahun yang lalu

Hamzah Zainudin Ketua Pembangkang Dewan Rakyat - Takiyuddin

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

Semasa 1 hari yang lalu

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Lemas Ketika Bercuti Di Air Terjun Sekayu

Semasa 1 hari yang lalu

Kes Palsukan Dokumen : Anak Menteri Besar Perlis Antara 6 Direman SPRM

oleh Wartawan Getaran