web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Hattan Digesa Mohon Maaf, Beliau Tidak Profesional, Hina Tugas Kewartawanan’ - GKMM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Apr 2023 7:00AM

Hattan - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Gabungan Kelab Media Malaysia (GKMM) menggesa artis senior, Datuk Mohd Shukri Shahabudin atau lebih dikenali Hattan membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap sikap tidak profesional dan respon balas berbaur hinaan beliau ketika ditemu bual seorang penyampai berita, kelmarin.

Presiden GKMM, Mohamad Fauzi Ishak berkata, pihaknya kesal terhadap respon balas dikeluarkan Hattan ke atas pertanyaan penyampai berita itu dalam satu temu bual yang diadakan secara langsung di sebuah stesen televisyen.

“Respon balas dinyatakan Datuk Hattan dalam temu bual itu jelas menunjukkan sikap tidak profesional beliau, terutama ketika memberi kenyataan kepada media.

“Selain itu, beliau dilihat menghina profesion kewartawanan dan stesen media arus perdana negara,” katanya menerusi kenyataan.

Mohamad Fauzi berkata, sikap tidak hormat ditunjukkan Datuk Hattan itu, turut mencetuskan rasa tidak senang dalam kalangan pengamal media, khususnya kumpulan wartawan, selain dikritik secara terbuka orang ramai di media sosial.

“Mengambil kira status beliau sebagai individu terkenal dan artis senior negara, Datuk Hattan wajar mengambil tanggungjawab terhadap reaksi balas dalam kalangan wartawan dan orang ramai di media sosial.

“Justeru, GKMM menggesa Datuk Hattan membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap sikap tidak profesional serta respon balas berbaur hinaan beliau ketika ditemu bual penyampai berita berkenaan,” katanya.

Terdahulu, tular video temu bual di antara Hattan dan seorang penyampai berita di sebuah stesen penyiaran swasta, sehingga mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen, dengan rata-rata mengecam teruk penyanyi tersebut serta menyifatkannya sebagai individu tidak beradab.

Menerusi temu bual secara langsung itu, Hattan secara tiba-tiba mempertikaikan soalan diutarakan penyampai berita terbabit yang bertanyakan mengenai penulisan lagu dan lirik kumpulan XPDC yang meninggalkan kesan besar kepada hati pendengar.

Temu bual itu diadakan susulan kematian vokalis XPDC, Syed Ismail Syed Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Mael XPDC yang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Muar, Johor kira-kira jam 9.30 malam, Khamis lalu.

Hattan kemudian bertanya sama ada penyampai berita itu mengetahui sejarah mengenai individu yang menghasilkan lagu kumpulan rock terkenal terbabit.

Malah, penyanyi lagu Mahligai Syahdu itu dengan nada sinis turut menganggap penyampai berita berkenaan tidak melakukan persediaan dan kajian sebelum menemubualnya.

Lebih dianggap melampau, Hattan terus mematikan talian telefon selepas menjelaskan serba sedikit mengenai perkara itu.

Isu terbabit turut mendapat perhatian beberapa badan pejuang kewartawanan lain, termasuk Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) dan Gerakan Media Merdeka (GERAMM) yang melahirkan ketidakpuasan hati serta kecewa dengan sikap ditunjukkan Hattan.

Menurut Presiden NUJ, Farah Marshita Abdul Patah, sikap ditunjukkan penghibur itu sangat tidak wajar kerana petugas media bukanlah peserta pertandingan realiti yang boleh dimalukan atau ‘disekolahkan’ di khalayak ramai.

Ujarnya, tindakan memalukan pengamal media oleh mana-mana pihak, termasuk artis, ahli politik atau menteri harus dihentikan segera.

“Dalam kes membabitkan penyampai berita didakwa dimalukan Hattan, NUJ meminta supaya beliau bertindak lebih profesional. Sekiranya beliau tidak mahu menjawab soalan diajukan, boleh sahaja menolak pertanyaan itu dengan sopan.

“Tindakan seperti itu akan memulakan ‘chain of events’ (rantaian), di mana selepas ini orang lain juga boleh bertindak kurang ajar dengan petugas media,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Sementara itu, Gerakan Media Merdeka (GERAMM) menerusi kenyataan kepada Getaran memaklumkan, tindakan Hattan memutuskan talian telefon sebelum selesai sesi wawancara, jelas mencerminkan sikap tidak profesionalnya sebagai artis senior.

Apatah, beliau berkata, bahasa digunakan Hattan boleh dianggap seolah-olah memperlekeh atau merendahkan wartawan berkenaan.

Malah, katanya, GERAMM berpandangan individu ditemu bual boleh lebih menjaga adab sesama manusia, kecuali jika sememangnya lebih selesa dianggap ‘agak biadab’. – Getaran, 30 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Hattan Didakwa Malukan Wartawan: ‘Biar Betul Datuk Tak Tahu Temu Bual Live?’

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Giliran Hattan Pula Disekolahkan Netizen, ‘Makin Tua Patutnya Makin Matang…’

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Hattan Diminta Mohon Maaf, ‘Jangan Hina Wartawan, Boleh Sahaja Bersikap Profesional, Sopan’

4

TARA 3 tahun yang lalu

Hattan Dikecam Teruk, Bila Tegur Penyampai Berita Tak Buat ‘Homework’ Pasal Isu Mael Dan XPDC 

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Politik 3 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95