web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dewan Negara Lulus RUU Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2023

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jun 2023 8:52PM

Ewon Benedick ketika sesi penggulungan di Persidangan Dewan Negara di Parlimen hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rang Undang Undang (RUU) Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Pindaan) 2023 yang bertujuan memantapkan badan penyelia berkenaan melalui penstrukturan semula dan pewujudan jawatan utama diluluskan di Dewan Negara, hari ini. 

RUU itu diluluskan selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.  

Ketika menggulung perbahasan RUU berkenaan, Ewon berkata pembahagian kuasa, lantikan dan penyusunan semula penjawatan akan dilaksanakan. 

Jawatan pengerusi eksekutif yang sebelum ini mentadbir dan mengawas suruhanjaya berkenaan akan distruktur menjadi ketua pegawai eksekutif (CEO), manakala timbalan pengerusi akan ditukar kepada timbalan CEO, katanya.

Tambahan dua lagi perjawatan timbalan CEO juga akan diwujudkan, di samping jawatan baharu pengerusi lembaga, empat ex-officio dan enam ahli lembaga pengarah (satu telah dilantik). 

Ewon berkata perjawatan yang melibatkan lantikan oleh menteri berkaitan sektor koperasi adalah bagi memastikan penyumbang utama gerakan koperasi dan hanya mereka yang layak dilantik, mencakupi setiap sektor dan wilayah di seluruh negara. 

"Ahli lembaga pengarah yang telah dilantik adalah Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia (Datuk Mohd Ali Mansor) yang memang terlibat dengan gerakan koperasi dalam sektor latihan.

"Kita juga mengambil kira pandangan gerakan koperasi di negara ini sama ada di Sarawak, Sabah, koperasi bumiputera dan bukan bumiputera serta gerakan yang telah berjaya. Ini juga kita pertimbangkan,"  katanya.

Beliau berkata pindaan yang melibatkan kuasa menteri menamatkan lantikan tanpa sebab juga bertujuan memastikan mereka yang dilantik sentiasa menjalankan tanggungjawab seperti yang diamanahkan. 

"Sekiranya mereka leka dan tidak dapat menjalankan amanah, maka ini memberi peringatan bahawa kita boleh menamatkan pelantikan itu," katanya. 

Beliau berkata implikasi kewangan juga akan diteliti susulan pelantikan baharu itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 bulan yang lalu

Reformasi MITRA Berjaya Dilaksanakan Di Bawah Kepimpinan Anwar - Ramanan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

RUU CCUS Dibentang Di Parlimen Disember Depan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

RUU Produk Kawalan Rokok Agenda Utama Dewan Rakyat Hari Ini

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Dewan Negara Lulus Usul Kajian Separuh Penggal RMK12

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 20 jam yang lalu

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

oleh Sophia Ahmad