web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


RUU CCUS Dibentang Di Parlimen Disember Depan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Nov 2024 11:06AM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerangka rang undang-undang (RUU) untuk memantau industri pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) di Malaysia akan dibentangkan di Parlimen pada awal Disember depan, kata Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi Datuk Nor Azmie Diron.

RUU itu akan dibacakan kali pertama pada 3 Disember manakala bacaan kedua pada 9 Disember, katanya.

"Tujuan utama RUU CCUS ini digubal untuk mengawal selia kegiatan ini kerana tiada undang-undang yang boleh digunakan oleh pihak industri yang akan melaksanakan perkara ini.

"Namun kerangka tidak semestinya akan meletakkan industri dalam keadaan yang tertekan di dalam usana pelaksanaan CCUS, sebaliknya ia menyokong usaha kita mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida (Co2) dan kesannya terhadap perubahan iklim," kata Nor Azmie.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama TV bertajuk "Menerajui CCUS di Malaysia" semalam. 

Menurutnya, RUU ini juga mestilah mesra perniagaan kerana kita perlu berurusan dengan industri berkaitan bagi membolehkan ia berkembang.

Sementara itu, Nor Azmie berkata RUU CCUS ini dijangka dapat memperkukuh peranan Malaysia sebagai peneraju CCUS di dunia.

"Kita mahukan...dengan wujudnya RUU ini, Malaysia akan menjadi pemimpin kepada dunia CCUS sekali gus menunjukkan bahawa kita mempunyai keupayaan untuk menjadi pemimpin di dalam sektor ini," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

24 Nyawa Melayang 5 Bulan Pertama, Kemalangan Akibat Pemandu Mabuk, Positif Dadah 

2

Semasa 4 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Pelaksanaan 'Smart Lane', Dasar Lori Lebih Muatan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Sidang Dewan Rakyat: Ahli Parlimen Lafaz Ikrar Rukun Negara

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 7 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar