web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiada Lagi Rundingan, DAP Melaka Sudah Hantar Surat Peletakan Jawatan - Ab Rauf

Politik Dikemaskini 46 saat yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jul 2026 6:52PM

Ab Rauf Yusoh - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR  - Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menegaskan tiada lagi ruang untuk rundingan berhubung keputusan DAP Melaka menarik diri daripada pentadbiran kerajaan negeri selepas semua surat peletakan jawatan telah diserahkan kepada kerajaan negeri semalam.

Beliau berkata, surat peletakan jawatan yang berkuat kuasa serta-merta itu diterima selepas wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) mengadakan sidang media mengumumkan keputusan berkenaan.

“Kami menerima surat itu semalam. Selepas sidang media, mereka terus menghantar surat peletakan jawatan. Sebab itu hari ini kita melihat perubahan kedudukan tempat duduk dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana kami telah menerima surat rasmi tersebut.

“Apabila Perdana Menteri meminta supaya rundingan diadakan, saya katakan tiada lagi rundingan kerana mereka telah menyerahkan semua surat peletakan jawatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas gesaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, agar rundingan diadakan susulan tindakan DAP menarik diri daripada pentadbiran Kerajaan Perpaduan di Melaka.

Mengulas kenyataan Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari bahawa gabungan itu akan bermesyuarat bagi menentukan hala tuju kerjasama dengan Barisan Nasional (BN), Ab Rauf berkata kerajaan negeri akan menunggu perkembangan seterusnya.

“Kita tunggu dan lihat. Saya tidak berani mengatakan sama ada esok ya atau tidak, bergantung kepada tindakan mereka.

“Namun, kita telah menerima hakikat bahawa DAP tidak lagi mahu bekerjasama dengan kerajaan negeri,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan kerajaan negeri turut menerima surat daripada PKR Melaka yang menyatakan parti itu tidak bersetuju dengan tindakan yang diambil DAP.

Ab Rauf turut memberi jaminan hubungan antara Kerajaan Negeri Melaka dan Kerajaan Persekutuan akan terus diperkukuhkan meskipun landskap politik negeri mengalami perubahan.

Katanya, kerajaan negeri akan terus bekerjasama dengan Perdana Menteri dan Kerajaan Persekutuan dalam semua perkara yang memberi manfaat kepada pembangunan negeri serta kebajikan rakyat.

“Pintu kerjasama dalam aspek pembangunan ekonomi, kebajikan dan kepentingan rakyat akan sentiasa terbuka kepada semua pihak,” katanya.

Beliau turut menegaskan pentadbiran kerajaan negeri akan terus berjalan seperti biasa, manakala sebarang penyusunan semula pentadbiran akan dilakukan secara berhemah dengan mengutamakan kepentingan rakyat serta kestabilan negeri.

Semalam, DAP Melaka mengumumkan menarik balik sokongan terhadap kerajaan negeri sebagai membantah kelulusan Rang Undang-Undang Perlembagaan Negeri Melaka (Pindaan) 2026 yang memperkenalkan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan.

Empat ADUN DAP yang terlibat ialah Allex Seah Shoo Chin (Kesidang), Low Chee Leong (Kota Laksamana), Leng Chau Yen (Banda Hilir) dan Kerk Chee Yee (Ayer Keroh). - Getaran, 15 Julai 2026

Berita Berkaitan

1

Politik 1 jam yang lalu

Penyertaan Semula Dalam UMNO Jadi Sebutan, KJ Bakal Bertanding Untuk PRN?

2

Politik 6 jam yang lalu

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

3

Politik 8 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

4

Politik 1 hari yang lalu

RUU 7 ADUN Lantikan Dilulus, DAP Tarik Sokongan Terhadap Kerajaan Melaka

Sorotan

1

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

2

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

3

Ibu Hamil Dituduh Mencuri: Lotus’s Mohon Maaf, Pekerja Dikenakan Tindakan Disiplin

4

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

5

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

6

Misteri Bau Busuk Terbongkar, Mayat Wanita Reput Ditemui Dalam Apartment

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

PDRM mohon Notis Merah Interpol Kesan Tamim Dahri

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 jam yang lalu

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Serangan Terhadap Joe Zakaria Cetus Kebimbangan, Tahap Keselamatan Pengkritik Bola Sepak Jadi Persoalan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 28 minit yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

oleh Sophia Ahmad