web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Serangan Terhadap Joe Zakaria Cetus Kebimbangan, Tahap Keselamatan Pengkritik Bola Sepak Jadi Persoalan 

Semasa Dikemaskini 26 minit yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jul 2026 6:17PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Serangan ke atas pengulas bola sepak dan YouTuber, Azizurrahman Zakaria atau Joe Zakaria oleh dua lelaki tidak dikenali pada Sabtu lalu mencetuskan persoalan mengenai tahap keselamatan individu yang lantang mengkritik landskap bola sepak negara.

Azizurrahman, yang mengendalikan saluran YouTube Joe Zakaria (YTSK), mengalami keretakan pada tulang soket mata selain beberapa kecederaan lain selepas diserang di sebuah stesen minyak berhampiran Bandar Sri Damansara.

Kejadian itu berlaku ketika arena bola sepak tempatan hangat diperkatakan susulan pelbagai isu membabitkan skuad kebangsaan, termasuk status kelayakan dan kewarganegaraan beberapa pemain yang mengundang perdebatan dalam kalangan penyokong serta pemerhati sukan.

Sebagai antara pempengaruh bola sepak yang dikenali dengan ulasan kritis, Azizurrahman sering membincangkan isu pentadbiran, tadbir urus dan hala tuju bola sepak negara menerusi platform YouTube miliknya.

Malah, beberapa kandungan terbaharunya turut menyentuh polemik berkaitan kelayakan pemain warisan yang menjadi perhatian ramai sejak kebelakangan ini.

Walaupun motif serangan masih belum dipastikan, kejadian itu mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan peminat bola sepak mengenai kemungkinan ia mempunyai kaitan dengan pandangan kritis yang sering disuarakan Azizurrahman.

Bagaimanapun, sehingga kini tiada bukti yang mengaitkan serangan tersebut dengan mana-mana individu, organisasi atau isu tertentu, manakala polis masih menjalankan siasatan.

Azizurrahman sebelum ini menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang permusuhan atau konflik peribadi yang boleh menjadi punca kejadian.

“Saya tiada musuh, tidak berhutang dengan along, tidak mengganggu isteri orang dan tiada masalah dengan geng jalanan,” katanya.

Menurutnya, kejadian berlaku ketika beliau sedang mengisi angin tayar kereta sebelum didatangi dua lelaki yang menaiki motosikal Yamaha LC.

“Mereka terus menendang kepala saya dan memukul saya berkali-kali,” katanya.

Beliau turut mendakwa, seorang daripada suspek sempat merakam kejadian sambil menuduhnya mencuri sebelum kedua-duanya melarikan diri.

Rakaman insiden itu kemudian tular di media sosial dan memaparkan orang awam tampil membantu menghentikan serangan berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 7.56 malam Sabtu.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa dihampiri dua lelaki sebelum dipukul beberapa kali, malah kejadian itu turut dirakam.

Beliau berkata, usaha mengesan kedua-dua suspek sedang giat dijalankan dan motif serangan masih dalam siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah. - Getaran, 14 Julai 2026

Sorotan

1

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

2

PRN Negeri Sembilan: Ada Perbincangan Positif Dengan BN - PAS

3

Misteri Bau Busuk Terbongkar, Mayat Wanita Reput Ditemui Dalam Apartment

4

Pub Popular Terbakar, 27 Maut, Puluhan Cedera Parah 

5

Keputusan Kes Syed Saddiq: Bella Astillah, Keluarga Hadir Di Mahkamah Persekutuan 

6

Menang 8 Kerusi, ADUN PH Sedia Jalankan Tugas Pembangkang Dengan Penuh Integriti - Amirudin

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Ada Perbincangan Positif Dengan BN - PAS

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

Melaka Lulus RUU, Bolehkan Pelantikan 7 ADUN Tanpa Pilihan Raya

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

RUU 7 ADUN Lantikan Dilulus, DAP Tarik Sokongan Terhadap Kerajaan Melaka

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Misteri Bau Busuk Terbongkar, Mayat Wanita Reput Ditemui Dalam Apartment

oleh Sophia Ahmad