Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Sidang Dewan Rakyat: Ahli Parlimen Lafaz Ikrar Rukun Negara

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 27 Feb 2024 12:08PM

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul bersama Ahli Parlimen Kerajaan dan Pembangkang melafazkan ikrar Rukun Negara sebelum Majlis Persidangan Dewan Rakyat bermula hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Rakyat hari ini melakar sejarah apabila buat julung kalinya ikrar Rukun Negara dilafazkan Ahli-ahli Parlimen sejurus persidangan bermula.
Bacaan ikrar tersebut diketuai Setiausaha Dewan Rakyat, Nizam Mydin Bacha Mydin.

Inisiatif itu adalah sebahagian daripada usaha Kementerian Perpaduan Negara susulan kelulusan Jemaah Menteri pada 25 Julai tahun lalu supaya Rukun Negara dilafazkan secara penuh di Dewan Rakyat.

Dalam pada itu, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul memaklumkan sembilan akta yang diluluskan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Parlimen ke-15 yang lalu sudah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

la merangkumi Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Pindaan) 2023, Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri (Pindaan) 2023, Akta Perbekalan 2024, Akta Kewangan (No. 2) 2023, Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023.

Selain itu, Akta Kesatuan Sekerja (Pindaan) 2023, Akta Syarikat (Pindaan) 2023, Akta Keselamatan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 dan Akta Makanan (Pindaan) 2023.

Johari turut mengingatkan setiap ahli Dewan Rakyat supaya mempamerkan kematangan semasa berucap atau berbahas sambil menyatakan beliau dan timbalannya tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang gagal mematuhi Peraturan Mesyuarat.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim ketika bertitah pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 semalam, memberikan 'lampu hijau' kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Dewan Negara untuk mengambil tindakan tegas, termasuk mengenakan penggantungan selama 14 hari terhadap mereka yang melampaui batas ketika bersidang.

Sementara itu, Dewan Rakyat turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak, Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud yang meninggal dunia pada 21 Feb lalu.

Johari memaklumkan Allahyarham juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Menteri Sarawak, Ahli Parlimen Kota Samarahan dan anggota pentadbiran persekutuan di beberapa kementerian.

"Kita berdoa semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Allahyarham serta ditempatkan dalam kalangan orang soleh lagi beriman," katanya.

Selain itu, Johari turut mengalu-alukan kehadiran Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (PN-Kemaman), yang mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat pada 8 Disember tahun lalu selepas memenangi Pilihan Raya Kecil Parlimen Kemaman pada 2 Disember. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Dewan Rakyat Lulus RUU Polis (Pindaan) 2024

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Dasar Gaji Progresif, TVET Dan Kerosakan Jalan Raya Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Kurma Dari Israel, Subsidi Telur Antara Isu Dibincang Di Dewan Rakyat Hari Ini

4

Politik 1 bulan yang lalu

Dewan Rakyat: Wan Saiful Mohon Maaf, Usul Gantung 6 Bulan Ditarik Balik

Sorotan

1

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

2

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

3

Tiada Tepung Di Pasaran Tempatan Mengandungi Benzoil Peroksida Melebihi Kadar Dibenarkan - KKM

4

Proses Penamaan Calon PRK KKB Lancar - Polis Selangor

5

Dakwa Kerajaan Ambil Tindakan Terhadap Kritikan, Syed Saddiq Diminta Tidak Hipokrit - Fahmi

6

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Beranak Terselamat Dari Maut, Kereta 'Total Loss' Jatuh Gaung

oleh Rafisqi Radhi

Politik 7 jam yang lalu

PRK Kuala Kubu Bharu Bermula Secara Rasmi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Ambil Tindakan Terhadap Pihak Terbabit Laporan Berkaitan Lesen Kasino - PM

Semasa 1 hari yang lalu

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM