web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dewan Rakyat: Wan Saiful Mohon Maaf, Usul Gantung 6 Bulan Ditarik Balik

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Mar 2024 2:07PM

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Tasek Gelugor daripada Perikatan Nasional (PN), Datuk Wan Saiful Wan Jan hari ini memohon maaf atas tindakannya yang mengeluarkan kenyataan berbaur sangkaan jahat terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat.

Permohonan maaf itu dibuat selepas Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul memberi ruang kepada Ahli Parlimen berkenaan memberikan penjelasan sebelum satu usul oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dikemukakan untuk menggantung Wan Saiful selama enam bulan kerana mendakwa Anwar sebagai pemimpin yang menyalahgunakan kuasa.

Wan Saiful dalam permohonan maaf itu mengakui bahawa kenyataan yang dibuat ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat pada 28 Februari lalu memang ditujukan kepada Anwar.

"Ayat itu memang saya tujukan kepada Tambun (Anwar)...saya menarik balik ayat tersebut, saya menarik balik kenyataan saya dan saya juga memohon maaf atas kenyataan tersebut.

"Saya dengan rendah diri juga kerana seperti dalam usul ada sebut mengenai Yang di-Pertuan Agong atas segala kekhilafan sekiranya menyentuh perihal Yang di-Pertuan Agong dan saya juga memohon maaf dan menarik balik kenyataan tersebut dan saya harap ia boleh dipertimbangkan dengan baik," katanya.

Susulan permohonan maaf itu, Johari menganggap isu tersebut selesai dan mencadangkan supaya Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menarik balik usul berkenaan.

"Ini bermaksud Yang Berhormat Tasek Gelugor telah memohon maaf kepada Tambun dan menarik balik kenyataan itu. Yang Berhormat juga telah memohon keampunan kepada Yang di-Pertuan Agong.

"Untuk itu saya terima (permohonan maaf) dan menteri (Ahmad Zahid) saya anggap kita boleh selesaikan masalah ini kerana permohonan maaf dibuat secara terbuka dan (diharap) menteri boleh menerima keadaan ini," katanya.

Ahmad Zahid kemudian bangun dan menarik semula usul berkenaan yang tersenarai dalam Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat hari ini.

Sementara itu, Ketua Pembangkang yang juga Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin bangun mencelah untuk menzahirkan penghargaan, selain memuji tindakan Yang Dipertua Dewan Rakyat dalam menyelesaikan isu tersebut. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

2

Politik 4 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

3

Politik 1 minggu yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Johor Akan Lebih Baik Jika Ditadbir Pemimpin Yang Berani’ - Anwar

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran