web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


SOUNDSTAGE Satukan NIDJI, Hujan Dan 3 Band Tempatan Dalam Konsert Rentas Sempadan

SOUNDSTAGE dilihat sebagai platform yang menyatukan pemuzik dari dua negara serumpun dalam satu pentas.

Muzik Dikemaskini 38 minit yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jul 2026 6:14PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Peminat muzik alternatif, indie dan rock bakal disajikan dengan sebuah konsert yang menghimpunkan lima band popular dari Malaysia dan Indonesia menerusi SOUNDSTAGE, yang akan berlangsung di Unifi Arena pada 16 Ogos hadapan.

Konsert yang dijadualkan pada jam 6 petang hingga 11 malam itu akan menampilkan kumpulan legenda Indonesia, NIDJI, bersama empat band Malaysia iaitu Hujan, Dukes, Empty Page dan Midnight Fusic.

SOUNDSTAGE dilihat sebagai platform yang menyatukan pemuzik dari dua negara serumpun dalam satu pentas, sekali gus menawarkan pengalaman muzik secara langsung yang merentasi sempadan.

Selain mengetengahkan karya-karya yang sudah menjadi siulan peminat, setiap kumpulan dijangka membawa identiti dan gaya persembahan tersendiri bagi mewarnai malam konsert tersebut.

Kehadiran NIDJI pastinya menjadi tarikan utama memandangkan kumpulan itu mempunyai kelompok peminat yang besar di Malaysia. 

Antara lagu-lagu mereka yang popular ialah Laskar Pelangi, Hapus Aku, Biarlah, Sang Mantan, dan Sumpah & Cinta Matiku. 

Dalam masa sama, Hujan yang diketuai Noh Salleh bersama Dukes, Empty Page dan Midnight Fusic pula mewakili generasi berbeza dalam landskap muzik alternatif tempatan.

Penganjur turut menyediakan empat kategori tiket bagi memenuhi keperluan peminat, iaitu Rock Zone berharga RM139, Mosh Pit Standing (RM169), Indie Zone (RM179) dan HIP Zone (RM369). Pemegang tiket HIP Zone juga akan menikmati kemudahan Fast Lane untuk memasuki arena dengan lebih pantas.

Dengan gabungan artis dari dua negara serta barisan kumpulan yang mempunyai pengaruh besar dalam dunia muzik alternatif, SOUNDSTAGE dijangka menjadi antara konsert yang mendapat perhatian peminat pada tahun ini.

Tiket kini boleh didapati menerusi platform www.wowtix.com.my. - Getaran, 15 Julai 2026

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 minggu yang lalu

AJL40 Bawa Peminat Selami Dunia Muzik Menerusi Muzik Lab

2

Muzik 2 minggu yang lalu

Tiket AJL40 Tinggal 20 Peratus, Bahang Malam Muzik Paling Berprestij Negara Kian Memuncak

3

Muzik 3 minggu yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

4

Muzik 4 minggu yang lalu

Konsert Rumah Hati Terima Sambutan Hangat, 80 Peratus Tiket Sudah Terjual

Sorotan

1

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

2

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

3

Ibu Hamil Dituduh Mencuri: Lotus’s Mohon Maaf, Pekerja Dikenakan Tindakan Disiplin

4

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

5

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

6

Misteri Bau Busuk Terbongkar, Mayat Wanita Reput Ditemui Dalam Apartment