web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


AJL40 Bawa Peminat Selami Dunia Muzik Menerusi Muzik Lab

Bukan sekadar konsert, Muzik Lab AJL40 menawarkan pengalaman menyelami dunia muzik Malaysia bersama artis popular seperti Ziana Zain, Shila Amzah dan Amir Masdi.

Muzik Dikemaskini 7 minit yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jul 2026 3:27PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sempena penganjuran Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40), peminat muzik tanah air bakal disajikan dengan satu pengalaman baharu menerusi Muzik Lab, sebuah hab kreatif yang diperkenalkan buat julung kalinya bagi mendekatkan orang ramai dengan dunia muzik Malaysia.

Bakal berlangsung pada 11 Julai 2026 di McDonald's Pantai Sentral Park Drive-Thru, Muzik Lab bukan sekadar acara hiburan, sebaliknya menjadi platform yang membuka ruang kepada peminat untuk mengenali kisah, inspirasi dan perjalanan di sebalik industri muzik tempatan.

Dibawakan khas oleh McDonald's Malaysia dan Ronald McDonald House Charities Malaysia (RMHC Malaysia), program ini menghimpunkan pelbagai aktiviti menarik termasuk sesi perkongsian bersama artis dan penggiat industri.

Tidak ketinggalan, persembahan secara langsung serta peluang eksklusif untuk bertemu penyanyi kegemaran menerusi sesi Meet & Greet khas buat Mekdi Superfans.

Antara barisan artis yang sah terlibat ialah ialah Amir Masdi, Ziana Zain, Shila Amzah dan Khai Bahar dan beberapa nama lain yang dijangka diumumkan dalam masa terdekat.

Pengenalan Muzik Lab dilihat sebagai satu usaha memperluaskan pengalaman AJL40, bukan hanya tertumpu kepada malam kemuncak pertandingan semata-mata, tetapi turut memberi peluang kepada peminat untuk memahami proses kreatif di sebalik penghasilan sesebuah karya.

Melalui sesi perkongsian yang diadakan, pengunjung berpeluang mendengar sendiri pengalaman para artis dan pemain industri mengenai perjalanan kerjaya mereka, cabaran menghasilkan muzik berkualiti serta inspirasi yang membentuk karya-karya yang diminati ramai.

Persembahan secara langsung yang dijadualkan pula memberi peminat untuk berinteraksi secara dekat dengan penyanyi kegemaran dalam suasana lebih santai, berbanding persembahan di pentas besar.

Muzik Lab juga menjadi bukti bahawa AJL40 terus berkembang sebagai sebuah jenama hiburan yang bukan sahaja meraikan lagu terbaik negara, malah berusaha membina komuniti pencinta muzik melalui pelbagai inisiatif kreatif.

Bagi yang berminat, jangan lupa tandakan kalendar anda pada 11 Julai ini, jam 2 petang hingga 6 petang.

Dengan konsep ‘Rasai muzik, alami ceritanya’, Muzik Lab menawarkan dimensi baharu kepada pengalaman AJL40, menjadikan muzik bukan sekadar sesuatu yang didengar, tetapi juga sebuah perjalanan yang boleh diterokai dan dihargai dengan lebih mendalam. - Getaran, 8 Julai 2026

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 minggu yang lalu

Tiket AJL40 Tinggal 20 Peratus, Bahang Malam Muzik Paling Berprestij Negara Kian Memuncak

2

Muzik 2 minggu yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

3

Muzik 3 minggu yang lalu

Konsert Rumah Hati Terima Sambutan Hangat, 80 Peratus Tiket Sudah Terjual

4

Muzik 1 bulan yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Sorotan

1

Video Buaya Baham Anjing Cetus Kebimbangan Pengunjung Port Dickson

2

PRN Johor: Lebih 300,000 Pengundi Luar Dijangka Pulang Mengundi

3

Masa Depan Nelayan Dan Ekonomi Pesisir Jadi Keutamaan, Faizul Tekad Ubah Masa Depan Tanjung Surat

4

Bakal Berdepan Nama Besar, Calon ‘Underdog’ DUN Pasir Raja Tenang Hadapi Saingan

5

PRN Johor: 3,500 Polis Johor Bertugas Untuk Undi Awal Esok 

6

PRN Johor: Kempen Masuki Fasa Penentuan, Calon Ganda Usaha Raih Sokongan 

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 22 jam yang lalu

Disangka Sudah Berkubur, 'Gerak Khas' Hidup Semula Selepas TVS Ambil Alih Legasi Drama Ikonik

oleh Rahayu MN