web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

Muzik Dikemaskini 50 saat yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jun 2026 12:03PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kehadiran semula Dewa 19 ke Kuala Lumpur menerusi konsert Cintaku Tertinggal di Malaysia di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Sabtu lalu nyata menjadi antara acara muzik yang paling dinantikan peminat sepanjang tahun ini. 

Berkongsi pentas bersama Padi Reborn, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia, emosi dan lagu-lagu yang sudah sebati dalam jiwa peminat muzik Malaysia, khususnya di kalangan Baladewa dan Baladewi.

Malam dimulakan dengan persembahan Padi Reborn yang tampil dengan rangkaian lagu popular seperti Sang Penghibur, Menanti Sebuah Jawaban, Semua Tak Sama, Ego, Begitu Indah dan Hitam

Segmen pembukaan itu berjaya menghangatkan suasana arena apabila ramai penonton turut menyanyikan setiap bait lirik bersama-sama, membuktikan populariti kumpulan tersebut di Malaysia masih utuh meskipun sudah bertahun-tahun berada dalam industri muzik.

Kemunculan Dewa 19 kemudiannya disambut dengan sorakan gemuruh peminat yang sudah lama menantikan kehadiran kumpulan legenda Indonesia itu. 

Menariknya, konsert kali ini menampilkan tiga vokalis berbeza iaitu Virzha, Marcello Tahitoe atau Ello dan Ari Lasso yang masing-masing membawa identiti tersendiri kepada lagu-lagu ikonik Dewa 19.

Virzha membuka segmennya dengan Pangeran Cinta, diikuti Perempuan Paling Cantik di Negeriku Indonesia dan Larut, sebelum Ello mengambil alih pentas menerusi lagu-lagu seperti Arjuna, Dewi dan Sudah

Ari Lasso pula mengubat kerinduan peminat dengan persembahan Aku Milikmu, Kirana dan Satu, yang menjadi antara momen paling dinantikan pada malam tersebut.

Selain itu, penampilan khas Javier Parisi menerusi Flowers in the Desert dan Imagine memberikan variasi kepada perjalanan konsert. 

Walaupun terdapat perbincangan dalam kalangan sebahagian penonton yang merasakan segmen jemputan khas dan persembahan daripada Padi berlangsung agak panjang sebelum Dewa 19 tampil sepenuhnya, ia lebih dilihat sebagai soal citarasa dan jangkaan individu berbanding kelemahan penganjuran secara keseluruhan. 

Malah, keterujaan penonton kembali memuncak sebaik sahaja segmen utama Dewa 19 diteruskan.

Antara kemuncak persembahan ialah apabila Ello membawakan Cukup Siti Nurbaya dan Tak Akan Ada Cinta Yang Lain, diikuti Virzha menerusi Pupus, Risalah Hati dan Perasaanku Tentang Perasaanku Kepadamu. 

Selain vokalnya yang mantap, Ello turut menjadi tumpuan menerusi aura bintang yang dibawanya di atas pentas. 

Ketika menyusun dan mengikat rambutnya di hadapan ribuan penonton, sorakan yang kedengaran jelas membuktikan populariti penyanyi itu dalam kalangan peminat wanita. 

Kamera konsert yang pantas menangkap detik berkenaan secara dekat hanya menambahkan lagi keterujaan suasana, menjadikannya antara momen spontan yang manis untuk dibawa pulang.

Ahmad Dhani turut mengambil tempat di pentas menerusi Sedang Ingin Bercinta dan Madu Tiga, sebelum Ari Lasso menutup segmennya dengan deretan lagu malar segar seperti Cintakan Membawamu Kembali, Roman Picisan, Kangen dan Kamulah Satu-Satunya.

Kemuncak sebenar hadir apabila semua vokalis kembali ke pentas untuk menyampaikan Separuh Nafas. 

Lagu yang menjadi antara karya paling ikonik Dewa 19 itu dinyanyikan beramai-ramai oleh ribuan penonton, sekali gus menutup tirai konsert dalam suasana penuh emosi dan nostalgia.

Secara keseluruhannya, Dewa 19 – Cintaku Tertinggal di Malaysia berjaya memenuhi harapan majoriti peminat yang hadir. Lebih daripada sekadar sebuah konsert, persembahan ini menjadi pertemuan semula antara peminat dengan lagu-lagu yang telah mengiringi perjalanan hidup mereka selama puluhan tahun. 

Dengan kekuatan katalog lagu yang luar biasa serta sokongan peminat yang tidak pernah pudar, Dewa 19 sekali lagi membuktikan mengapa mereka kekal menjadi pujaan jutaan peminat. - Getaran, 8 Jun 2026

Foto : BANGSAWAN PICTURES

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

2

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

3

Muzik 2 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

4

Muzik 4 hari yang lalu

"For You Nourul" Bukti Pesona, Vokal Masih Berbisa Selepas 3 Dekad

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN