web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiket AJL40 Tinggal 20 Peratus, Bahang Malam Muzik Paling Berprestij Negara Kian Memuncak

Lapan puluh peratus tiket malam kemuncak yang bakal berlangsung di Unifi Arena, Bukit Jalil pada 15 Ogos ini telah habis dijual

Muzik Dikemaskini 30 minit yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jun 2026 5:27PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Masih berbaki beberapa minggu sebelum tirai dibuka, namun keterujaan peminat terhadap Anugerah Juara Lagu Ke-40 (AJL40) sudah pun mencapai kemuncaknya.

Buktinya, kira-kira 80 peratus tiket malam kemuncak yang bakal berlangsung di Unifi Arena, Bukit Jalil pada 15 Ogos ini telah habis dijual, sekali gus memberi gambaran bahawa jenama AJL masih kekal sebagai acara muzik paling berprestij dan dinanti-nantikan di negara ini.

Fenomena itu bukan sesuatu yang mengejutkan. Selepas empat dekad menjadi pentas mengangkat karya terbaik tanah air, AJL bukan lagi sekadar pertandingan lagu, sebaliknya sebuah institusi yang merakam sejarah perjalanan industri muzik Malaysia.

Setiap tahun, pentas AJL menjadi medan menyatukan komposer, penulis lirik, penyanyi dan peminat muzik daripada pelbagai latar belakang untuk meraikan karya yang bukan sahaja popular, malah mempunyai nilai seni dan penceritaan tersendiri.

Sempena sambutan ulang tahunnya yang ke-40, penganjuran kali ini dijangka tampil dengan skala lebih besar, lebih gah dan penuh nostalgia, selari dengan status AJL sebagai acara muzik yang mencorakkan landskap hiburan tempatan sejak sekian lama.

Dengan sambutan tiket yang memberangsangkan, penganjur menjangkakan baki tempat yang masih ada terus menjadi rebutan.

Bagi mereka yang mengimpikan pengalaman eksklusif, kategori Super VVIP berharga RM398 menawarkan akses ke karpet merah, laluan khas serta barangan eksklusif AJL40. 

Turut disediakan ialah tiket Arena – Laluan Khas (RM188), Aras 3 (RM98) dan Aras 4 (RM78), sekali gus memberi pilihan kepada peminat mengikut kemampuan masing-masing.

Dalam era penstriman digital yang membolehkan hampir semua acara ditonton di hujung jari, sambutan luar biasa terhadap jualan tiket AJL40 membuktikan pengalaman menyaksikan persembahan secara langsung masih mempunyai daya tarikannya yang tersendiri.

Malah, bagi ramai peminat muzik tempatan, peluang menyaksikan penyanyi pujaan beraksi secara langsung dan akhirnya mencipta sejarah adalah momen yang sukar dilepaskan.

Tiket AJL40 kini boleh didapati menerusi platform WowTix, manakala perkembangan terkini mengenai acara berkenaan boleh diikuti di semua platform media sosial rasmi TV3 menerusi tanda pagar #ROADTOAJL40, #AJL40 dan #GENERASISELAMANYAJUARA. - Getaran, 30 Jun 2026

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 minggu yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

2

Muzik 1 minggu yang lalu

Konsert Rumah Hati Terima Sambutan Hangat, 80 Peratus Tiket Sudah Terjual

3

Muzik 3 minggu yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

4

Muzik 3 minggu yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Sorotan

1

Pasport Baharu Dilancar, Malaysia Kekalkan Kedudukan Pasport Ketiga Terkuat Dunia

2

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

3

Lebih 4,500 Kes Kanak-Kanak Hilang Direkod Antara 2021 - 2025

4

Keputusan Rayuan Akhir Kes Syed Saddiq 13 Julai

5

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

6

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq