web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golongan peminat

Muzik Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jun 2026 8:21AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Peminat muzik tempatan kini mempunyai satu lagi acara yang wajib dimasukkan dalam kalendar hiburan mereka apabila Siri SPOTLIGHT KLCC bakal membuka tirainya pada Ogos dan September hadapan dengan menampilkan enam artis popular Malaysia dalam suasana persembahan yang lebih intim dan eksklusif.

Dianjurkan oleh HiFive Entertainment dengan kerjasama Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), siri showcase baharu itu akan berlangsung di Plenary Theatre, Kuala Lumpur Convention Centre, sekali gus menawarkan pengalaman berbeza berbanding konsert berskala besar yang lazim dianjurkan di negara ini.

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan interaksi lebih dekat antara artis serta peminat, SPOTLIGHT KLCC dilihat sebagai platform yang mampu memenuhi permintaan penonton yang semakin menghargai pengalaman hiburan yang lebih peribadi dan bermakna.

Bagi siri pembukaannya, SPOTLIGHT KLCC akan membariskan enam nama yang tidak asing lagi dalam industri muzik tanah air. Tiga showcase pertama dijadual berlangsung pada 22 Ogos 2026 membabitkan penyanyi dan komposer terkenal, Aizat Amdan pada jam 1.30 petang, diikuti kumpulan alternatif popular SOG (Sekumpulan Orang Gila) pada jam 4.30 petang serta penyanyi muda berbakat, Orked Farhan pada jam 8.30 malam.

Sementara itu, siri kedua yang berlangsung pada 12 September 2026 bakal menampilkan bintang sensasi Iman Troye pada jam 1.30 petang, penyanyi dan penulis lagu Imran Ajmain pada jam 4.30 petang serta vokalis jazz dan soul tersohor, Noryn Aziz pada jam 8.30 malam.

Pengarah Projek SPOTLIGHT KLCC, Mike Manicka berkata, siri tersebut diwujudkan dengan matlamat untuk membuktikan bahawa pengalaman hiburan berkualiti tidak semestinya memerlukan venue yang besar atau harga tiket yang mahal.

“Dengan Siri SPOTLIGHT KLCC, misi kami sentiasa untuk membuktikan bahawa pengalaman budaya yang luar biasa tidak memerlukan lokasi yang besar atau harga tiket yang terlalu tinggi.

“Kami amat komited untuk memperjuangkan persembahan berskala kecil dan intim yang menawarkan suasana premium dan sofistikated kepada penonton, dalam masa yang sama memastikan harga tiket mampu dibeli oleh pelbagai golongan peminat” katanya.

Daripada segi harga, tiket Standard bagi showcase Aizat Amdan, SOG, Orked Farhan, Iman Troye dan Imran Ajmain ditawarkan pada harga RM150, manakala tiket Premium berharga RM200 yang turut merangkumi sesi Meet & Greet bersama artis pilihan.

Bagi showcase Noryn Aziz pula, tiket Standard dijual pada harga RM180, sementara tiket Premium berharga RM260 termasuk peluang eksklusif untuk bertemu penyanyi berkenaan.

Kesemua tiket boleh didapati secara eksklusif menerusi platform Ticket2U bermula minggu hadapan.

Dengan gabungan artis daripada pelbagai latar muzik, konsep persembahan yang lebih dekat dengan peminat serta harga tiket yang berpatutan, SPOTLIGHT KLCC berpotensi muncul sebagai antara showcase muzik paling menarik dan dinantikan sepanjang tahun 2026. - Getaran, 7 Jun 2026

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 minggu yang lalu

SOUNDSTAGE Satukan NIDJI, Hujan Dan 3 Band Tempatan Dalam Konsert Rentas Sempadan

2

Muzik 2 minggu yang lalu

AJL40 Bawa Peminat Selami Dunia Muzik Menerusi Muzik Lab

3

Muzik 3 minggu yang lalu

Tiket AJL40 Tinggal 20 Peratus, Bahang Malam Muzik Paling Berprestij Negara Kian Memuncak

4

Muzik 1 bulan yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa