web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRN Johor: Pengundi Muda Jadi Penentu, Ubah Dinamik Keputusan

Politik Dikemaskini 24 minit yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jul 2026 3:08PM

Sokongan pengundi muda mampu mengubah keputusan di saat akhir - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Pengundi muda dijangka menjadi penentu utama dalam keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, memandangkan bilangan mereka yang ramai berpotensi mengubah keputusan di beberapa kerusi panas.

Golongan berusia antara 18 hingga 39 tahun yang merangkumi hampir separuh daripada keseluruhan pengundi berdaftar di Johor kini menjadi sasaran utama parti-parti bertanding. 

Sumber memaklumkan, kelompok pengundi ini berpotensi memainkan peranan penting dalam menentukan pemenang di kerusi-kerusi marginal.

Data rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan Johor memiliki  2,727,926 pengundi berdaftar bagi PRN ke-16.

Daripada jumlah itu, seramai 165,386 pengundi berusia antara 18 hingga 20 tahun, manakala 544,657 lagi berumur antara 21 hingga 29 tahun. 

Sementara itu, 587,888 pengundi lagi berada dalam lingkungan usia 30 hingga 39 tahun.

Secara keseluruhan, pengundi berusia antara 18 hingga 39 tahun berjumlah 1,297,931 orang, mewakili 47.57 peratus daripada keseluruhan pengundi di negeri itu.

Seorang penganalisis politik berkata, saiz demografi tersebut memberi kelebihan besar kepada pengundi muda untuk mempengaruhi keputusan pilihan raya, khususnya di kawasan yang sebelum ini dimenangi dengan majoriti tipis.

Menurutnya, pengundi muda dilihat kurang terikat dengan kesetiaan tradisional terhadap parti politik dan lebih cenderung menilai parti berdasarkan isu semasa, tawaran dasar serta kesan terhadap kehidupan harian mereka.

Sumber dalaman parti memberitahu The Vibes, usaha mendapatkan sokongan golongan muda menjadi antara fokus utama pada hari-hari terakhir tempoh berkempen, dengan parti-parti politik mempergiat pendekatan melalui media sosial, program bersama belia dan aktiviti turun padang.

Seorang sumber daripada sebuah gabungan politik berkata, pengundi muda kini semakin memberi perhatian terhadap isu peluang pekerjaan, pertumbuhan gaji, kemampuan memiliki rumah, pendidikan serta prospek ekonomi.

“Ramai daripada mereka akan mengundi buat kali pertama atau masih berada pada peringkat awal kerjaya. 

“Keutamaan mereka berbeza berbanding generasi yang lebih berusia,” katanya.

Seorang lagi sumber parti berkata, cabaran utama parti politik bukan sekadar meraih sokongan pengundi muda, tetapi turut memahami cara mereka mendapatkan maklumat berkaitan politik.

Menurutnya, kaedah kempen tradisional semata-mata tidak lagi mencukupi memandangkan kebanyakan pengundi muda kini bergantung kepada platform media sosial, video pendek, siaran langsung serta perbincangan dalam talian untuk membentuk pandangan politik mereka.

Penganalisis turut berpandangan, pelaksanaan pendaftaran pemilih secara automatik serta penurunan had umur mengundi kepada 18 tahun telah mengubah landskap politik Johor dengan kemasukan sejumlah besar pengundi baharu ke dalam sistem pilihan raya.

Dengan beberapa kerusi dijangka menyaksikan persaingan sengit, sumber berkata perubahan kecil dalam sokongan pengundi muda sahaja sudah memadai untuk mempengaruhi keputusan akhir.

“Perbezaan antara menang dan kalah di sesetengah kerusi mungkin hanya ditentukan oleh beberapa ratus undi,” katanya.

Bagi parti-parti yang bertanding dalam PRN Johor, cabarannya kini jelas iaitu meyakinkan generasi pengundi bahawa dasar ditawarkan,  benar-benar mampu menangani isu yang akan membentuk masa depan mereka. - Getaran, 8 Julai 2026

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 jam yang lalu

PRN Johor: Lebih 300,000 Pengundi Luar Dijangka Pulang Mengundi

2

Politik 7 jam yang lalu

Masa Depan Nelayan Dan Ekonomi Pesisir Jadi Keutamaan, Faizul Tekad Ubah Masa Depan Tanjung Surat

3

Politik 7 jam yang lalu

Bakal Berdepan Nama Besar, Calon ‘Underdog’ DUN Pasir Raja Tenang Hadapi Saingan

4

Politik 22 jam yang lalu

Pilihan Raya Bukan Saluran Bebaskan Mana-Mana Individu - Azalina

Sorotan

1

Video Buaya Baham Anjing Cetus Kebimbangan Pengunjung Port Dickson

2

PRN Johor: Lebih 300,000 Pengundi Luar Dijangka Pulang Mengundi

3

Masa Depan Nelayan Dan Ekonomi Pesisir Jadi Keutamaan, Faizul Tekad Ubah Masa Depan Tanjung Surat

4

Bakal Berdepan Nama Besar, Calon ‘Underdog’ DUN Pasir Raja Tenang Hadapi Saingan

5

PRN Johor: 3,500 Polis Johor Bertugas Untuk Undi Awal Esok 

6

PRN Johor: Kempen Masuki Fasa Penentuan, Calon Ganda Usaha Raih Sokongan 

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 minit yang lalu

Lelaki Rohingya Suspek Kes Rogol Ditahan Di Bachok

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

Bakal Berdepan Nama Besar, Calon ‘Underdog’ DUN Pasir Raja Tenang Hadapi Saingan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Bising’ MUDA Guna Gambar Syed Saddiq Untuk Kempen, PH & BN Takut Bayang-Bayang Sendiri?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

PRN Johor: Lebih 300,000 Pengundi Luar Dijangka Pulang Mengundi

oleh Sophia Ahmad