web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


BN Pertimbang Tukar Kerusi Di NS, Tok Mat Mahu Rombakan Strategi Pilihan Raya 

Politik Dikemaskini 1 minit yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jul 2026 8:54PM

Mohamad Hasan - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) sedang mempertimbangkan rombakan besar terhadap agihan kerusi tradisinya di Negeri Sembilan menjelang Pilihan Raya Negeri pada 1 Ogos.

Ia sekali gus memberi isyarat kesediaan untuk meninggalkan amalan lama demi strategi yang lebih sesuai dengan landskap politik semasa.

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, gabungan itu tidak lagi boleh bergantung kepada pemilikan kerusi berdasarkan sejarah semata-mata kerana perubahan komposisi pengundi memerlukan pendekatan yang lebih pragmatik jika BN mahu kembali menguasai Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan.

"Kami mencadangkan beberapa pelarasan supaya keputusan tidak lagi dibuat hanya berdasarkan kerusi tradisi kerana komposisi pengundi telah berubah dengan ketara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO Bahagian Rembau 2026, hari ini.

Mohamad, yang juga Timbalan Presiden UMNO dan Pengerusi BN Negeri Sembilan, berkata gabungan itu terbuka untuk membenarkan parti-parti komponennya bertanding di kawasan dengan mempunyai sokongan akar umbi lebih kukuh serta peluang kemenangan lebih tinggi.

"Kami mahu memberi peluang kepada parti komponen bertanding di kerusi yang kami yakin mereka mampu menangi.

"Sudah tiba masanya formula lama dikaji semula dan membiarkan pengundi memilih parti yang mereka kehendaki," katanya.

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu berkata, prestasi BN dalam pilihan raya sebelum ini akan dijadikan penanda aras utama dalam menentukan agihan kerusi.

"Jika keputusan terus merosot, mengapa kita perlu terus memberikan kerusi yang sama kepada parti yang sama? Mungkin akan berlaku pertukaran kerusi.

"Kami sedang meneliti sebanyak mungkin perubahan dalam kalangan parti komponen," katanya.

Mohamad mengakui terdapat beberapa kawasan yang ketika ini dianggap milik sesebuah parti dalam BN, namun sebenarnya mungkin lebih sesuai ditandingi parti komponen lain berikutan perubahan corak sokongan di peringkat tempatan.

Bagaimanapun, beliau menegaskan sebarang cadangan perubahan perlu mendapat kelulusan kepimpinan tertinggi BN, dengan Majlis Tertinggi BN mempunyai kuasa muktamad dalam menentukan agihan kerusi.

"Pandangan BN Negeri Sembilan akan dibawa kepada kepimpinan nasional untuk dibincangkan. Keputusan akhir terletak di tangan Majlis Tertinggi BN," katanya.

Mengenai pemilihan calon, Mohamad berkata belum ada keputusan muktamad dibuat dan ketua-ketua bahagian UMNO telah diarahkan mengemukakan nama calon melalui mesyuarat jawatankuasa bahagian secara rasmi, bukannya menerusi cadangan peribadi.

Tambah beliau, proses itu bertujuan memastikan ketelusan serta mengurangkan pertikaian apabila senarai calon dimuktamadkan.

Mohamad turut mengingatkan ahli parti supaya tidak melakukan sabotaj dalaman, yang disifatkannya sebagai antara punca utama BN kehilangan kerusi sebelum ini walaupun berdepan lawan yang tidak semestinya lebih kuat.

"Banyak kerusi yang kita kalah berpunca daripada sabotaj dalaman. Kadangkala pihak lawan tidak lebih kuat, tetapi orang dalam parti sendiri bekerja menentang calon hanya kerana calon pilihan mereka tidak dipilih. Mentaliti seperti ini mesti dihentikan," katanya.

Menteri Luar itu turut tidak menolak kemungkinan mempertahankan kerusi DUN Rantau yang disandangnya sejak 2004, namun berkata keputusan berkenaan akan ditentukan oleh kepimpinan parti.

Beliau turut memaklumkan bahawa BN dijangka mengumumkan senarai calonnya sebelum 15 Julai, iaitu tarikh pelancaran rasmi jentera pilihan rayanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 18 Julai sebagai hari penamaan calon, 28 Julai sebagai hari pengundian awal dan 1 Ogos sebagai hari pengundian. - Getaran, 5 Julai 2026

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Gurauan ‘Tok Undang’: Pegawai MB Negeri Sembilan Tampil Mohon Maaf

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

Sorotan

1

Harimau Kumbang Di Lebuh Raya Berhampiran Tasik Kenyir, Orang Ramai Digesa Berhati-Hati

2

SUV Rempuh Surau Sekolah, 2 Wanita Indonesia Maut

3

PRN Johor: Pertahan Keputusan BN Bertanding Solo, ‘Kami Tak Khianat’ - Zahid

4

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

5

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

6

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Tidak Terikat Beri Hak Sama Rata Kepada Pemegang Kad UNHCR - Pakar

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Kemenangan Pilihan Raya Bukan Mandat Untuk Ampun Individu Tertentu - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

PRN Johor: Pertahan Keputusan BN Bertanding Solo, ‘Kami Tak Khianat’ - Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

SUV Rempuh Surau Sekolah, 2 Wanita Indonesia Maut

oleh Sophia Ahmad