web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jun 2026 10:23AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Seremban berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun yang dikurung di dalam stor di belakang rumah keluarganya selama beberapa minggu sepanjang cuti sekolah. 

Susulan kejadian, ibu angkat kanak-kanak berkenaan telah ditahan kerana disyaki melakukan penderaan dan pengabaian.

Kes tersebut terbongkar selepas pihak berkuasa menerima laporan yang mendakwa mangsa ditahan di dalam sebuah bilik stor di sebuah kediaman di Taman Tuanku Jaafar.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Yatim Osman berkata, laporan polis telah dibuat malam tadi, yang membawa kepada siasatan serta penemuan mangsa dan penahanan suspek.

“Pada jam 7.22 malam semalam, Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban telah menerima satu laporan polis berkaitan kes pengabaian melibatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun.

“Pengadu memaklumkan bahawa seorang kanak-kanak perempuan dipercayai dikurung di dalam stor yang terletak di belakang sebuah rumah di Taman Tuanku Jaafar, Seremban,” katanya.

Siasatan awal mendapati, mangsa berada di bawah jagaan keluarga terbabit sejak berusia satu tahun lapan bulan.

Siasatan juga mendapati, mangsa dipercayai dibiarkan berada di dalam stor yang tidak berkunci sepanjang tempoh cuti sekolah antara Mei hingga Jun.

“Sepanjang cuti sekolah dari Mei hingga Jun, mangsa dipercayai ditempatkan di dalam stor di belakang rumah dan hanya diberikan makanan dua kali sehari.

“Mangsa juga hanya dibenarkan masuk ke dalam rumah untuk menggunakan tandas sebelum diarahkan kembali ke stor tersebut,” katanya.

Mohd Yatim memberitahu, mangsa sering dimarahi dan dipukul oleh suspek, iaitu ibu angkatnya atas alasan kecil seperti mencuri makanan pada waktu malam.

Pihak berkuasa kemudian membawa kanak-kanak tersebut ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban untuk pemeriksaan serta rawatan lanjut.

Polis turut menahan seorang wanita berusia 46 tahun di rumah terbabit bagi membantu siasatan.

"Seorang wanita berusia 46 tahun telah ditahan di rumah tersebut bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Permohonan reman akan dibuat di Mahkamah Majistret Seremban pagi ini bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan,” katanya.

Kes ini telah menimbulkan kebimbangan baharu terhadap isu kebajikan kanak-kanak serta pemantauan terhadap golongan berkenaan yang berada di bawah jagaan pihak alternatif.

Polis menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Zulfitri Abd Razak, di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban.

Siasatan kes setakat ini masih diteruskan. - Getaran, 8 Jun 2026

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 15 jam yang lalu

Polis Buru 2 Suspek Samun, Tendang Wanita Warga Emas 

2

Semasa 15 jam yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

3

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

4

Semasa 1 hari yang lalu

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Network School: Imigresen Jejak 18 Warga Asing, ‘Hilang’ Daripada Rekod Rasmi 

oleh Sophia Ahmad