Melalui kerjasama yang dipertingkatkan ini, lebih banyak filem, siri dan kandungan asli Disney+ kini akan tersedia di platform Astro.
Astro, peneraju kandungan dan hiburan di Malaysia, bersama Disney+, platform penstriman khusus yang menampilkan watak-watak dan kisah ikonik kegemaran ramai, pada Selasa mengumumkan kerjasama yang diperluaskan.
Inisiatif ini menggabungkan kandungan bertaraf dunia dengan karya tempatan, seterusnya memperluas capaian dan membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia menikmati kandungan daripada kedua-dua platform.
Melalui kerjasama yang dipertingkatkan ini, lebih banyak filem, siri dan kandungan asli Disney+ kini akan tersedia di platform Astro termasuk Astro TV, Astro GO dan NJOI, sekaligus memudahkan penonton Malaysia menikmati hiburan global kegemaran mereka.
Pada masa yang sama, pilihan kandungan tempatan Astro yang dikurasi, termasuk rancangan popular Malaysia, akan dipaparkan di Disney+, membawa kisah tempatan kepada khalayak yang lebih luas.
Disney+ menampilkan francais hiburan terkenal dunia serta watak-watak ikonik daripada Disney, Pixar, Marvel, Star Wars, jenama hiburan umum Hulu dan banyak lagi kepada penonton global.
Kini, kandungan ini akan menjadi lebih mudah diakses oleh rakyat Malaysia melalui platform Astro.
Pelanggan Astro dan NJOI boleh menikmati lebih banyak filem dan siri Disney+, termasuk judul blockbuster seperti Pirates of the Caribbean, Kingsman: The Secret Service dan The Incredible Hulk, selain filem kegemaran seperti Maleficent, Brave dan Monsters University, serta siri popular seperti Buffy the Vampire Slayer, Scrubs dan New Girl.
Sebagai peneraju kandungan tempatan, Astro terus menghasilkan karya asli yang dekat di hati jutaan rakyat Malaysia merangkumi animasi kanak-kanak yang memenangi anugerah, rancangan variasi, program hiburan unggul dan drama menarik.
“Kami amat teruja untuk memperkukuh kerjasama dengan Disney+ seiring dengan perubahan tabiat tontonan dan usaha kami untuk menyediakan pengalaman merentas platform yang lebih lancar.
“Kerjasama ini menggabungkan karya global Disney+ dengan kandungan tempatan Astro yang penuh makna, sekali gus membuka peluang kepada cerita Malaysia seperti Didi & Friends, Polis Evo dan Travelawak: Projek Bapak Bapak serta produksi asli Astro yang lain untuk dipaparkan bersama katalog hiburan global Disney+,” ulas Ketua Pegawai Kandungan Astro, Agnes Rozario.
Pelanggan Astro kini boleh melanggan Disney+ dengan mudah sebagai tambahan melalui aplikasi atau laman web My Astro.
Bermula dari RM18.30/sebulan, pelanggan boleh menikmati pelbagai kandungan Disney termasuk filem blockbuster, francais popular dan Disney+ Originals eksklusif.
Untuk maklumat lanjut, layari https://www.astro.com.my/. - Getaran, 2 Julai 2026