web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

Khadam, kini secara rasmi dinobatkan sebagai filem tempatan nombor satu di Malaysia.

Filem & TV Dikemaskini 4 hari yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jun 2026 3:05PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Misteri yang menghantui penonton dan kualiti yang memukau pengkritik. 

Itulah formula luar biasa yang sedang mengangkat filem seram tempatan, Khadam, sebagai naskhah paling diperkatakan ketika ini.

Baru sahaja ditayangkan di pawagam seluruh negara, Khadam terus mencipta gelombang apabila berjaya meraih kutipan RM1.2 juta, sekali gus menduduki tangga teratas carta filem tempatan di Malaysia.

Pencapaian itu bukan sekadar angka. Ia menjadi bukti bahawa filem seram tempatan kini semakin mendapat tempat di hati penonton, malah mampu bersaing dan mengatasi kehadiran filem-filem antarabangsa yang turut menghuni layar perak pada waktu yang sama.

Apa yang membuatkan Khadam begitu istimewa? Secara ringkas, Khadam membawa penonton menyelami sebuah misteri yang berkisar tentang kewujudan ‘khadam’ atau pendamping ghaib yang selama ini menjadi antara kepercayaan dan ketakutan masyarakat. 

Namun, filem ini tidak sekadar bergantung kepada elemen kejutan dan seram semata-mata. Sebaliknya, ia menggabungkan penceritaan yang tersusun, emosi yang kuat serta konflik yang membuatkan penonton terus berfikir walaupun selepas kredit penutup berakhir.

Tidak hairanlah apabila media sosial dibanjiri dengan pelbagai reaksi positif sejak hari pertama tayangan.

Antara yang paling mencuri perhatian ialah komen netizen yang menyifatkan Khadam sebagai sebuah karya yang dihasilkan dengan penuh ketelitian dan nilai seni yang tinggi.

“Beautifully crafted,” tulis pengguna Threads, @nvst1.

Sementara itu, @my_zurah pula menyifatkan filem tersebut sebagai sesuatu yang sudah lama dinantikan oleh pencinta filem tempatan.

“About time to have a Malay horror movie sebagus ini.”

Lebih mengujakan, ada yang berpendapat Khadam bukan sahaja cemerlang sebagai filem Malaysia, malah berdiri setaraf dengan karya seram antarabangsa.

Khadam memang gemilang bukan hanya sebagai filem Malaysia, malah filem secara umum,” kata @mohdjayzuan.

Seorang lagi pengguna, @budicitawan, mengakui beliau terkejut bukan kerana unsur seram yang dipersembahkan, tetapi kerana mutu pembikinan filem tersebut.

“Khadam surprised me, not because it's scary. Horror is expected. What surprised me was how much care went into the filmmaking itself.”

Pandangan itu turut disokong oleh @rewanishak yang menyifatkan Khadam sebagai sebuah filem yang lengkap dari segi pembikinan.

“Ini adalah sebuah filem yang berkualiti, pembikinannya serba-serbi cukup lengkap.”

Bukan sahaja mendapat pujian daripada penonton, Khadam turut menerima pengiktirafan daripada nama-nama besar industri seni tanah air.

Pengarah tersohor, Erma Fatima, memberikan penilaian tinggi terhadap filem tersebut dengan menyifatkannya sebagai ‘sebuah naskhah yang cukup rasa’.

Malah, pelakon legenda Sofea Jane turut meluahkan kekaguman terhadap kekuatan skrip yang menjadi tunjang utama filem berkenaan.

“Rindu buat penulisan yang baik terubat dengan Khadam,”katanya.

Dengan momentum yang semakin memuncak, ramai pemerhati industri menjangkakan kutipan Khadam akan terus meningkat menjelang hujung minggu hasil promosi mulut ke mulut yang semakin rancak di media sosial.

Persoalannya sekarang, apakah rahsia sebenar yang menjadikan Khadam fenomena baharu filem seram tempatan?

Untuk mendapatkan jawapannya, penonton perlu menyaksikan sendiri misteri yang sedang menghantui pawagam seluruh negara ini.

Berani untuk mengetahui siapa sebenarnya tuan, dan siapa pula khadam? - Getaran, 15 Jun 2026

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 hari yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

2

Filem & TV 3 hari yang lalu

Adrian Teh Kembali Ke Genre Aksi, “Chelot’ Tampil Babak Pecah Rekod

3

Filem & TV 1 minggu yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

4

Filem & TV 2 minggu yang lalu

"Papa Zola The Movie" Kembali Ke Pawagam Mulai 11 Jun Sempena Hari Bapa

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 3 jam yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN

Filem & TV 1 hari yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

Tiga peserta terbaik akan menerima Rocketfuel Artist Development Contract bernilai sehingga RM200,000 yang merangkumi penghasilan single dan video muzik.

oleh Rahayu MN