web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


"Papa Zola The Movie" Kembali Ke Pawagam Mulai 11 Jun Sempena Hari Bapa

Bagi menjadikan tayangan itu lebih bermakna, peminat juga berpeluang mendapatkan kad eksklusif Papa Zola The Movie sebagai koleksi istimewa.

Filem & TV Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jun 2026 9:28PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas mencipta fenomena dengan kutipan lebih RM69 juta, filem animasi nombor satu Malaysia, Papa Zola The Movie, kini kembali ke layar perak menerusi tayangan khas bersempena dengan sambutan Hari Bapa 2026.

MONSTA dalam kenyataan memaklumkan tayangan khas di hampir 50 pawagam utama terpilih di seluruh negara itu akan bermula dari 11 hingga 30 Jun ini bagi memberikan peluang kepada penonton untuk menikmati semula gelak tawa, emosi dan detik kekeluargaan yang menjadikan filem itu dekat di hati rakyat Malaysia.

"Lebih istimewa, tayangan kali ini hadir dalam versi khas dengan kandungan tambahan buat para peminat. Antaranya ialah sambungan kepada persoalan yang sering dibincangkan peminat di media sosial mengenai Otoi dan bagaimana watak tersebut keluar daripada dunia simulasi dalam satu daripada babak penting filem asal," menurut kenyataan itu.

Selain itu, versi khas ini turut menampilkan babak tambahan melibatkan BoBoiBoy dan Gopal, sekali gus memberikan nilai tambah kepada peminat setia, selain membuka ruang kepada penonton baharu untuk menikmati filem berkenaan.

Bagi menjadikan tayangan itu lebih bermakna, peminat juga berpeluang mendapatkan kad eksklusif Papa Zola The Movie sebagai koleksi istimewa.

Inisiatif ini bukan sahaja bagi meraikan peminat, tetapi menggalakkan penonton untuk membawa bapa, keluarga dan insan tersayang menikmati filem itu bersama-sama di pawagam.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MONSTA yang juga pengarah dan penulis filem berkenaan Nizam Abd Razak berkata Papa Zola The Movie sentiasa dekat di hati penonton kerana filem itu bukan sekadar kisah pengembaraan dan gelak tawa, tetapi turut mengangkat tema ikatan kekeluargaan dan kasih sayang seorang ayah.

"Bersempena dengan Hari Bapa, kami ingin memberikan peluang kepada penonton untuk kembali menikmati filem ini di pawagam bersama-sama insan tersayang. Kali ini, tayangan khas hadir dengan kandungan tambahan dan kejutan istimewa buat para peminat," katanya.

Filem berkenaan mengisahkan Papa Zola, seorang bapa yang bekerja keras menyara keluarga kecilnya, namun tanpa diduga, dia bertemu semula dengan rakan lama yang pernah berkhidmat bersamanya dalam organisasi rahsia. Keadaan menjadi genting apabila anaknya, Pipi diculik makhluk asing. 

Papa Zola dan isterinya, Mama Zila kemudian bertindak pantas menyelamatkan Pipi dan melindungi dunia daripada ancaman makhluk itu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 minggu yang lalu

Disangka Sudah Berkubur, 'Gerak Khas' Hidup Semula Selepas TVS Ambil Alih Legasi Drama Ikonik

2

Filem & TV 2 minggu yang lalu

Astro dan Disney+ Bawakan Lebih Banyak Rancangan Global Dan Kandungan Tempatan

3

Filem & TV 4 minggu yang lalu

Legasi Sudirman Kembali Bernafas, Biopik Bakal Temui Peminat 2028

4

Filem & TV 1 bulan yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

Sorotan

1

Syed Saddiq Tamatkan Larian Kesyukuran Amal Sejauh Hampir 170 Km, Kutipan Dana Lepasi Sasaran

2

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

3

Ribut Di Lembah Klang Ragut 1 Nyawa, Banjir Kilat Landa Petaling Jaya

4

PRN Negeri Sembilan: Kemenangan Di Johor Tidak Boleh Dijadikan Penentu Kejayaan BN - Johari 

5

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

6

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon