web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Legasi Sudirman Kembali Bernafas, Biopik Bakal Temui Peminat 2028

Bagi memastikan karakter ikonik itu digalas dengan tepat, pihak produksi bakal melancarkan sesi uji bakat dalam masa terdekat yang disokong oleh program pencarian bakat "Bintang Uni-verse Pencarian Sudirman 2.0" di lima universiti awam

Filem & TV Dikemaskini 1 minit yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jun 2026 1:23PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Perjalanan seni Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad kini memasuki dimensi baharu apabila usaha memartabatkan semula nama "Penghibur Rakyat" itu diperkasakan melalui dua pendekatan utama, iaitu penerbitan filem biopik berskala besar dan penstrukturan semula pengurusan hak cipta digital.

Menjelang 2028, peminat bakal disajikan dengan sebuah naskhah biopik yang bukan sekadar menceritakan perjalanan hidup peribadi Sudirman, malah merakamkan kembali detik keemasan muzik Malaysia di persada dunia pada era 80-an. 

Anak saudara Allahyarham, Razman Azrai Zainuddin atau Atai, menjelaskan, projek yang kini dalam fasa pembangunan skrip dengan sokongan Finas ini merupakan usaha untuk menyemai semula semangat perpaduan dan nilai budaya yang pernah menyatukan rakyat Malaysia melalui alunan suara legenda tersebut.

Bagi memastikan karakter ikonik itu digalas dengan tepat, pihak produksi bakal melancarkan sesi uji bakat dalam masa terdekat yang disokong oleh program pencarian bakat "Bintang Uni-verse Pencarian Sudirman 2.0" di lima universiti awam.

Di sebalik gemerlap layar perak, satu pencapaian penting telah dilakar dalam aspek pengurusan legasi beliau apabila pihak waris baru sahaja menerima pembayaran royalti berjumlah lebih RM360,000 daripada EMI Music Malaysia yang kini di bawah naungan Universal Music Malaysia.

Kejayaan ini merupakan hasil kerja keras selama dua tahun dalam proses audit dan penyelarasan kontrak lama yang rumit. 

Penubuhan Sudirman Asset Management sejak 2015 kini terbukti menjadi pemangkin utama dalam menguruskan harta intelek, penggunaan imej, serta karya Allahyarham dengan lebih profesional dan telus.

Universal Music Malaysia kini mengambil langkah proaktif dalam memastikan karya Sudirman terus relevan di platform penstriman moden. 

Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Kim Lim, berkata, perjanjian baharu telah dimeterai bagi merangkumi usaha pendigitalan dan pemulihan audio untuk memastikan kualiti lagu klasik Sudirman menepati piawaian pendengar masa kini. 

Selain itu, pihak mereka turut merancang penerbitan semula karya ikonik dalam format fizikal seperti piring hitam untuk para pengumpul muzik, serta melaksanakan pelbagai kempen digital bagi menarik minat generasi muda.

“Kami tidak mencari pengganti Sudirman kerana beliau adalah figura yang tidak boleh ditandingi. 

“Fokus utama mereka adalah mencari bakat muda yang mampu membawa inspirasi dan energi legenda itu dalam bentuk yang lebih segar dan relevan buat generasi hari ini,” katanya pada sidang akhbar di sini baru-baru ini.

Langkah strategik ini jelas beliau, menandakan permulaan era baharu bagi legasi Sudirman, apabila keagungan karya silam kini disusun rapi untuk terus menyinar di masa depan, bukan sahaja sebagai kenangan, tetapi sebagai inspirasi yang hidup. - Getaran, 21 Jun 2026

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 3 hari yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

2

Filem & TV 4 hari yang lalu

Adrian Teh Kembali Ke Genre Aksi, “Chelot’ Tampil Babak Pecah Rekod

3

Filem & TV 5 hari yang lalu

Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

4

Filem & TV 1 minggu yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz