web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

Pencapaian luar biasa itu sekali gus mengukuhkan kedudukan Polongsebagai antara filem tempatan paling hangat tahun ini.

Filem & TV Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jun 2026 2:30PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Demam Polong nampaknya masih belum menunjukkan tanda-tanda reda.

Filem seram tempatan arahan Zulkarnain Azhar itu terus mencipta fenomena apabila berjaya mengumpul kutipan RM12 juta hasil gabungan tayangan awal dan 11 hari tayangan rasmi di pawagam seluruh negara.

Pencapaian luar biasa itu sekali gus mengukuhkan kedudukan Polong sebagai antara filem tempatan paling hangat tahun ini, selain membuktikan genre seram masih mempunyai tempat istimewa dalam kalangan penonton Malaysia.

Lebih menarik, kejayaan tersebut hadir di tengah-tengah persaingan sengit filem tempatan dan  antarabangsa, sekali gus membuktikan kekuatan karya yang memiliki identiti tersendiri serta mampu mencetuskan fenomena tersendiri.

Sejak menemui penonton pada 28 Mei lalu, Polong bukan sahaja mencuri perhatian di pawagam, malah turut menjadi topik perbualan hangat di media sosial apabila ramai penonton berkongsi pengalaman mereka yang mendakwa "terkejut", "seram" dan "terbawa-bawa" selepas menonton filem berkenaan.

Malah, promosi filem itu turut dipergiat menerusi Jelajah Bisikan Polong yang berlangsung di Terengganu dan Pahang pada 6 dan 7 Jun lalu.

Jelajah berkenaan yang menampilkan barisan pelakon utama seperti Mimi Lana, Fad Anuar dan Jun Lojong mendapat sambutan menggalakkan apabila peminat mengambil peluang bertemu secara dekat dengan bintang filem tersebut di lima lokasi berbeza.

Sambutan luar biasa sepanjang jelajah itu menjadi bukti bahawa aura Polong masih kuat dan terus mendapat perhatian peminat filem tempatan.

Mengangkat kisah legasi ilmu hitam, dosa silam dan sumpahan yang merentasi generasi, Polong menawarkan gabungan elemen seram tradisional tempatan dengan sentuhan psikologi yang lebih mendalam.

Gabungan itu dilihat berjaya membezakan filem berkenaan daripada kebanyakan naskhah seram lain yang pernah ditayangkan sebelum ini.

Diterbitkan Golden Star Pictures Sdn Bhd dengan sokongan pengedaran 10 Star Cinemas Sdn Bhd serta kerjasama pemasaran Primeworks Studios dan Astro Shaw, filem tersebut dibintangi Mimi Lana, Jun Lojong, Fad Anuar, Namron, Nadiya Nisaa, Amir Nafis serta ramai lagi pelakon berpengalaman.

Dengan momentum semasa yang masih kukuh, ramai pemerhati industri menjangkakan Polong berpotensi mencatat angka kutipan yang lebih tinggi dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

Persoalannya, sejauh mana lagi filem ini mampu "mengganas" di pawagam?

Yang pasti, Polong masih menghantui pawagam seluruh negara dan fenomenanya masih jauh daripada berakhir. - Getaran, 10 Jun 2026

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 hari yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

2

Filem & TV 2 minggu yang lalu

Disangka Sudah Berkubur, 'Gerak Khas' Hidup Semula Selepas TVS Ambil Alih Legasi Drama Ikonik

3

Filem & TV 3 minggu yang lalu

Astro dan Disney+ Bawakan Lebih Banyak Rancangan Global Dan Kandungan Tempatan

4

Filem & TV 1 bulan yang lalu

Legasi Sudirman Kembali Bernafas, Biopik Bakal Temui Peminat 2028

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Muzik 26 minit yang lalu

Tipe-X, Last Child Dan Ruffedge Bakal Gegar Latihan Pestapora Malaysia 2026

oleh Rahayu MN