web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Adrian Teh Kembali Ke Genre Aksi, “Chelot’ Tampil Babak Pecah Rekod

Filem berkenaan menerima pengiktirafan bagi kategori Babak Aksi “Single Take” Terpanjang Dalam Filem menerusi adegan tanpa suntingan yang dirakam menggunakan satu kamera

Filem & TV Dikemaskini 1 jam yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jun 2026 3:21PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas mencipta fenomena menerusi MALBATT: Misi Bakara pada 2022, pengarah Adrian Teh kembali menghangatkan genre aksi tempatan menerusi filem terbaharunya, Chelot.

Lebih menarik, filem berkenaan turut tampil dengan pencapaian tersendiri apabila mencipta nama dalam Malaysia Book of Records.

Filem berkenaan menerima pengiktirafan bagi kategori Babak Aksi “Single Take” Terpanjang Dalam Filem menerusi adegan tanpa suntingan yang dirakam menggunakan satu kamera.

Babak aksi itu melibatkan penggambaran sejauh 1.9 kilometer dengan durasi lima minit 19 saat, sekali gus mencerminkan skala dan ketelitian tinggi dalam pembikinannya.

Menurut pihak produksi, pencapaian tersebut jarang direalisasikan dalam industri perfileman tempatan kerana memerlukan tahap koordinasi dan ketepatan teknikal yang tinggi.

Bagi menjayakan babak berkenaan, seramai 300 kru terlibat dengan persiapan selama 150 hari dan 60 jam raptai, selain penggunaan 50 kereta prop.

Dalam kenyataan sama, Adrian berkata kepulangannya ke genre aksi bukan sekadar mengulangi kejayaan terdahulu, sebaliknya untuk memperkenalkan sesuatu yang segar kepada penonton tempatan.

Chelot diterbitkan ACT 2 Pictures bersama Golden Screen Cinemas (GSC), Astro Shaw, SunStrong Entertainment dan Marvelous Culture & Film. 

Poster rasmi filem yang menampilkan Beto Kusyairy dan Shukri Yahya turut dilancarkan baru-baru ini.

Dijadualkan menemui penonton di pawagam pada Ogos ini, Chelot dilihat berpotensi meneruskan legasi Adrian Teh dalam memperkasa filem aksi tempatan ke tahap lebih tinggi. - Getaran, 16 Jun 2026

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 hari yang lalu

Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

2

Filem & TV 6 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

3

Filem & TV 1 minggu yang lalu

"Papa Zola The Movie" Kembali Ke Pawagam Mulai 11 Jun Sempena Hari Bapa

4

Filem & TV 1 minggu yang lalu

Bawa 'Kata Hati' Ke Layar Perak, Pengarah Mahu Cipta Semula Magis Romantik Komedi

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

oleh Rahayu MN