web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bawa 'Kata Hati' Ke Layar Perak, Pengarah Mahu Cipta Semula Magis Romantik Komedi

Dibintangi barisan pelakon baharu dan berpengalaman seperti Nia Atasha, Yusuf Hashim, Faziq Mugris dan Scha Al-Yahya, Kisah Hati berkisar tentang konflik cinta tiga segi membabitkan pelakon wanita meningkat naik (Nia) dengan seorang pemandu e-panggilan.

Filem & TV Dikemaskini 1 minit yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jun 2026 2:36PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas sekian lama tenggelam di sebalik dominasi filem aksi dan seram, genre komedi romantik kembali menghiasi layar perak tempatan menerusi filem Kata Hati yang akan ditayangkan di seluruh negara bermula esok dengan membawa nafas lebih segar.

Naskhah terbaharu itu dijangka bakal menghidupkan kembali dan mengubati kerinduan peminat terhadap karya yang mengangkat kehidupan seharian dan kisah cinta mencuit hati, yang suatu ketika dahulu pernah mencetuskan fenomena luar biasa seperti Soal Hati, Gol & Gincu serta Istanbul Aku Datang.

Biarpun begitu, usaha mengembalikan semula kegemilangan genre yang pernah menjadi kegemaran ramai itu tidak melalui perjalanan yang mudah untuk direalisasikan apabila projek yang dibangunkan sejak 2020 itu terpaksa menunggu hampir enam tahun sebelum mendapat sokongan untuk diterbitkan.

Semua itu susulan perubahan landskap industri yang lebih cenderung kepada filem aksi dan seram sekali gus menjadikan pengarahnya Nadiah Hamzah berdepan dengan pelbagai cabaran untuk mencari pihak yang benar-benar yakin dengan potensi naskhah komedi romantik berkenaan.

"Dalam tempoh 2020 hingga 2025, ramai yang kurang yakin dengan cerita bergenre sebegini. Proses yang lama itu sebenarnya untuk mencari produser yang percaya dan sanggup bersama-sama merealisasikan filem itu.

"Kesukaran itu, sehinggalah kami bertemu dengan penerbit pada penghujung 2024 dan projek ini turut dijayakan dengan sokongan dana daripada Finas (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia)," katanya dalam program Showbuzz terbitan Bernama Radio hari ini.

Pernah merangkul pingat gangsa bagi kategori Pesanan Khidmat Masyarakat pada anugerah Cannes Lions 2019, Nadiah berkata keputusan menghasilkan filem komedi romantik itu bukan sekadar untuk tampil berbeza dalam landskap perfileman tempatan yang kini didominasi naskhah aksi dan seram.

Sebaliknya, pengarah kelahiran Pulau Pinang yang memulakan kerjaya dalam bidang pengiklanan sebelum beralih ke layar perak itu berkata hasrat menghasilkan Kata Hati lahir daripada keinginannya untuk meneroka karya lebih santai selepas filem sulungnya, Motif yang sarat dengan elemen debaran dan misteri.

"Saya memang bertekad untuk buat sesuatu yang lebih santai. Kebetulan apabila filem ini keluar sekarang dalam suasana yang dipenuhi filem aksi dan seram, jadi nampak macam lain sedikit," katanya.

Pengarah itu juga tidak melihat komedi romantik sebagai genre yang sudah lapuk, sebaliknya percaya setiap genre mempunyai penggemarnya tersendiri dan yang paling penting ialah memberi pilihan kepada penonton untuk menikmati pelbagai jenis cerita di pawagam.

"Kita semua penat bekerja, berdepan kesesakan jalan raya dan macam-macam tekanan harian. Kadang-kadang kita cuma mahu duduk dan menikmati cerita yang santai. Saya harap masih ada ruang filem seperti ini dan juga pelbagai genre lain," katanya yang mendapat inspirasi filem Hollywood Notting Hill.

Dibintangi barisan pelakon baharu dan berpengalaman seperti Nia Atasha, Yusuf Hashim, Faziq Mugris dan Scha Al-Yahya, Kisah Hati berkisar tentang konflik cinta tiga segi membabitkan pelakon wanita meningkat naik (Nia) dengan seorang pemandu e-panggilan.

Dengan menampilkan keseimbangan antara elemen humor dan emosi, Nadiah berkata pemilihan pelakon filem terbitan Wayangworks Sdn Bhd dan Filmscape Sdn Bhd itu turut diberikan perhatian khusus bagi memastikan elemen komedi romantik dalam filem tersebut dapat disampaikan dengan lebih berkesan.

"Untuk cerita komedi romantik, keserasian itu sangat penting. Kita mahu hubungan di layar nampak semula jadi, bukan dibuat-buat," katanya yang menjalankan uji bakat bagi menilai keserasian pelakon.

Bagi Nia Atasha pula, peluang membintangi Kata Hati disambut tanpa berfikir panjang kerana komedi romantik merupakan antara genre yang sudah lama ingin diterokainya sebagai pelakon.

"Saya memang ada keinginan untuk mencuba watak utama dalam filem komedi romantik. Bila dapat panggilan uji bakat itu, saya terus kata mahu cuba," katanya yang turut melalui beberapa sesi "chemistry read" dengan pelakon lelaki berbeza sebelum dipilih membawa watak Aira Natasha. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 hari yang lalu

RM5.5 Juta Dalam 4 Hari! Filem Seram Tempatan ‘Polong’ Cetus Fenomena, Gegar Pawagam Seluruh Negara

2

Filem & TV 3 hari yang lalu

Keputusan Henti Tayangan Konspirasi Dibuat Secara Dalaman - Elepfilm Entertainment

3

Filem & TV 5 hari yang lalu

Tayangan Filem Konspirasi Ditamatkan Atas Permintaan Penerbit - FINAS

4

Filem & TV 1 minggu yang lalu

Polong Bukan Sekadar Filem Seram, Tapi Cerminan Dosa Manusia Yang Tak Pernah Selesai

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi

Disyorkan untuk anda

Muzik 23 jam yang lalu

"For You Nourul" Bukti Pesona, Vokal Masih Berbisa Selepas 3 Dekad