web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Video Majikan Pukul Pembantu Rumah Undang Kemarahan Netizen

Video & Galeri Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jun 2026 5:21PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki menimbulkan kemarahan ramai selepas aksinya memukul pembantu rumah tular di media sosial. 

Menerusi video asal berdurasi satu minit 30 saat itu, dapat dilihat lelaki berkenaan memanjat sofa diduduki pembantu rumah terbabit, sebelum mula memukul wanita tersebut. 

Terdahulu, dua wanita dipercayai ahli keluarga kanak-kanak berkenaan menunjukkan rakaman CCTV yang didakwa memaparkan tindakan pembantu rumah itu memukul mangsa.

Menurut perkongsian di media sosial, kejadian tersebut dipercayai berlaku di Johor.

Susulan insiden, ramai netizen melahirkan rasa marah dan tidak berpuas hati terhadap tindakan diambil, sambil menegaskan perkara itu sepatutnya dirujuk kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

Mereka berkata, majikan tidak seharusnya mengambil tindakan sendiri atau bertindak di luar batas undang-undang.

Sementara itu, BuletinTV3 memetik Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad sebagai berkata, pihak polis sedang menjalankan siasatan dan mengumpul maklumat lanjut berhubung kejadian tersebut. 

Sedutan rakaman insiden berkenaan boleh disaksikan di pautan https://www.facebook.com/reel/1320293116941883 - Getaran, 13 Jun 2026

Sorotan

1

Tingkatan 6 Kekal Bawah KPM, Ambil Kira Pelbagai Aspek - PM

2

Polis Buru Suspek Kes Tembak Lelaki Di Simpang Ampat

3

Ketua Menteri Pulau Pinang Beri Penghormatan Terakhir Kepada Remaja Maut Komtar

4

Undi Awal PRN Negeri Sembilan Bermula, Libatkan 22,339 Pengundi Keselamatan

5

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

6

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

Disyorkan untuk anda

Video & Galeri 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: PM Lahir Harapan Untuk Pengundi Awal Pilih PH

oleh Sophia Ahmad