web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

Politik Dikemaskini 32 minit yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jun 2026 12:41PM

Hari pengundian PRN Johor ditetapkan pada 11 Julai dan semua rakyat Johor diminta pulang menunaikan tanggungjawab masing-masing - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dijangka memuktamadkan senarai calon gabungan itu bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor menjelang hujung minggu ini, dengan pengumuman rasmi dijangka dibuat pada Sabtu.

Onn Hafiz berkata, senarai calon berpotensi bagi PRN Johor ke-16 kini hampir 80 peratus siap, namun barisan akhir calon masih tertakluk kepada perubahan sehingga mendapat kelulusan kepimpinan tertinggi gabungan tersebut.

Menurut beliau, proses pemilihan calon kini berada di peringkat akhir, namun tiada keputusan yang boleh dianggap muktamad sehingga surat pelantikan rasmi dikeluarkan.

“Segalanya masih boleh berubah. Tiada apa yang dimuktamadkan sehingga hari seseorang menerima surat pelantikan.

“Sebelum ini pernah berlaku situasi seseorang menerima surat, namun kemudiannya menarik diri,” katanya dalam satu wawancara di kediaman rasmi Menteri Besar di Saujana, Johor Bahru semalam.

Onn Hafiz Ghazi - Gambar fail
Onn Hafiz Ghazi - Gambar fail

Beliau yang juga Menteri Besar Johor menjelaskan, pemilihan calon bukanlah keputusan yang dibuat di peringkat negeri semata-mata kerana semua nama perlu mendapat persetujuan Pengerusi BN dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, selain kepimpinan parti-parti komponen gabungan berkenaan.

Onn Hafiz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap berkata, kriteria pemilihan calon BN lebih tertumpu kepada rekod perkhidmatan, penerimaan masyarakat serta pengaruh di kawasan setempat berbanding faktor usia.

“Calon mestilah anak tempatan, dikenali di kawasan dan diterima masyarakat. Paling penting mempunyai rekod perkhidmatan yang baik serta berpotensi untuk menang.

“Bagi saya, sama ada seseorang itu muda atau berusia bukan faktor utama. Calon perlu mampu berkhidmat kepada rakyat. Tidak guna mempunyai calon muda dan bertenaga jika gagal memberikan perkhidmatan yang berkesan,” katanya.

Beliau berkata, senarai akhir calon BN dijangka melibatkan gabungan muka lama dan muka baharu daripada pelbagai latar belakang profesional selaras dengan usaha menampilkan calon terbaik di setiap kawasan.

Dalam perkembangan lain, Onn Hafiz menyifatkan golongan pengundi muda dan pengundi kali pertama sebagai segmen penting yang berpotensi mempengaruhi keputusan pilihan raya serta pembentukan kerajaan negeri akan datang.

Katanya, pengundi berusia bawah 40 tahun mewakili antara 20 hingga 40 peratus daripada populasi Johor, sekali gus menjadikan usaha mendekati golongan muda semakin penting.

“Kebanyakan wakil rakyat kami banyak berinteraksi dengan pengundi muda dan memahami harapan serta kebimbangan mereka,” katanya.

Beliau turut menggesa rakyat Johor yang tinggal dan bekerja di luar negara, khususnya di Singapura, supaya pulang menunaikan tanggungjawab demokrasi masing-masing pada hari pengundian.

Selain itu, beliau menyeru ahli parti yang tidak terpilih sebagai calon agar terus setia kepada BN dan meneruskan khidmat kepada rakyat.

“Perjuangan ini lebih besar daripada individu. Mereka yang tidak terpilih perlu terus istiqamah dan meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan,” katanya.

Johor akan mengadakan pilihan raya negeri pada 11 Julai ini, dengan hari penamaan calon ditetapkan pada 27 Jun, manakala pengundian awal akan berlangsung pada 7 Julai. - Getaran, 18 Jun 2026

Berita Berkaitan

1

Politik 15 minit yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

2

Semasa 17 jam yang lalu

Kes Dera Pembantu Rumah: 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan Semula 

3

Semasa 23 jam yang lalu

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

4

Politik 1 hari yang lalu

‘Adakah Saya Angkuh Jika Dengar Suara Majoriti Bangsa Johor?’ - Onn Hafiz

Sorotan

1

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

2

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

3

‘Adakah Saya Angkuh Jika Dengar Suara Majoriti Bangsa Johor?’ - Onn Hafiz

4

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

5

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

6

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Adakah Saya Angkuh Jika Dengar Suara Majoriti Bangsa Johor?’ - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Penyertaan Dalam Pas Untuk Perjuangkan Reformasi - Zaid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 minit yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

oleh Amirah Abu Bakar