web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

Semasa Dikemaskini 28 minit yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jun 2026 1:20PM

Gambar JBPM Kulai

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang wanita dan anak lelakinya berusia 10 tahun maut, manakala tiga lagi ahli keluarga mereka cedera parah, selepas Proton X70 yang dinaiki bertembung dengan sebuah treler tanpa muatan di Taman Lestari Hijau, Kulai, petang semalam.

Wanita tersebut disahkan sebagai pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) berkenaan, berusia 36 tahun.

Tiga lagi penumpang kenderaan itu mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kulai, Pegawai Bomba Kanan I Mohd Fauzi Che Idris berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 7.36 malam.

Menurut beliau, seramai 14 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kulai serta Pekan Nenas dikerahkan ke lokasi kejadian bersama dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah unit Emergency Medical Rescue Services (EMRS).

“Kemalangan melibatkan sebuah treler dan sebuah Proton X70 yang membawa lima penumpang, dengan dua mangsa didapati tersepit di dalam kenderaan.

“Pasukan penyelamat segera mengeluarkan mangsa yang tersepit. Bagaimanapun, dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan yang hadir,” katanya.

Mohd Fauzi berkata, tiga mangsa yang cedera dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut, manakala pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau menambah, punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan dan operasi menyelamat tamat sepenuhnya pada jam 10.15 malam. - Getaran, 17 Jun 2026

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Bedah Siasat Bongkar Punca Sebenar, Wanita Didakwa Bunuh Anak Tiri

2

Semasa 2 hari yang lalu

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Semasa 5 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

4

Politik 6 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Politik 21 jam yang lalu

Penyertaan Dalam Pas Untuk Perjuangkan Reformasi - Zaid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 minit yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

oleh Sophia Ahmad