web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

Politik Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jun 2026 12:40PM

Gambar Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pentadbiran kerajaan negeri Johor tertus berjalan seperti biasa pada tahap minimum, atas kapasiti kerajaan sementara bagi memastikan kelangsungan urusan harian kerajaan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN).

Menurut kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, semua urusan pentadbiran rutin kerajaan masih berjalan seperti biasa dan memerlukan pemantauan rapi walaupun Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor telah dibubarkan pada 1 Jun lalu.

Sejajar dengan peranan kerajaan sementara, baginda berkenan menerima menghadap Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi di Istana Pasir Pelangi, Selasa lalu. 

Pertemuan baginda dan Onn Hafiz adalah bagi membentangkan serta membincangkan perkembangan terkini pentadbiran negeri.

Pertemuan tersebut disifatkan sebagai sebahagian daripada siri pertemuan berkala antara Sultan Johor dan Menteri Besar yang masih diteruskan, meskipun selepas pembubaran DUN.

Ia bagi menjamin kelangsungan pentadbiran negeri mengikut konvensyen kerajaan sementara.

Sementara itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijadual mengadakan mesyuarat khas esok bagi menetapkan tarikh-tarikh penting untuk PRN Johor dan Negeri Sembilan yang akan menentukan jadual rasmi proses pilihan raya berkenaan.

Pentadbiran kerajaan sementara dijangka terus berfungsi sehingga kerajaan negeri baharu dibentuk selepas pilihan raya, sekali gus memastikan penyampaian perkhidmatan awam yang penting kepada rakyat tidak terjejas sepanjang tempoh peralihan tersebut. - Getaran, 11 Jun 2026

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Lesen Perniagaan Network School Dibatalkan, Operasi Ditamatkan Esok

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

Sorotan

1

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

2

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

3

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

4

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

5

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

6

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

Disyorkan untuk anda

Politik 22 jam yang lalu

Sanusi Dakwa Kenyataan Diputar Belit, Bakal Buat Laporan Polis 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Banteras PATI Diperhebat, 109 Warga Asing Ditahan Di Ampang

oleh Sophia Ahmad